Selepas hampir setahun Bandai Namco membatalkan Network Test Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 di Steam pada tahun lepas akibat “server load” yang tinggi, ramai pemain telah putus harapan untuk melihat game ini akan dilancarkan di Steam.
Namun, Bandai Namco dan B.B Studio tidak berputus asa untuk memberikan para peminat mereka keseronokan. Jadi, mereka telah mengumumkan tarikh baru bagi menjalankan Network Test dan ia akan bermula pada 17 Januari 2023 jam 1 petang sehingga 19 Januari 2023 jam 1 petang.
Dengan tiada pengumuman tentang had pemain, anda yang berminat boleh pergi ke halaman Steam mereka dan mula download game ini pada 16 Januari 2023.
Di dalam game ini, mereka akan menyediakan banyak kandungan menarik termasuk “Rating Match, Quick Match, Custom Match, Free Practice Mode. Supply Drop, Upgrade/Modification” dan “DP Exchange/Recycle Ticket Exchange.”

Menurut halaman Steam mereka, anda perlu menggunakan sekurang-kurangnya Intel Core i5 gen 3 dan NVIDIA GeForce GTX 1050TI untuk bermain game ini pada tetapan grafik yang terendah. Manakala untuk bermain pada tetapan grafik yang tertinggi pula, mereka mengesyorkan anda menggunakan Intel Core i5 gen 9 dan NVIDIA GeForce GTX 1080 sekurang-kurangnya. Berikut adalah spesifikasi penuh:
Required System Requirements (Low Setting)
- OS: Windows 10 64-Bit
- CPU: Intel Core i5-3470 | AMD Ryzen 3 1200
- RAM: 8GB
- GPU: NVIDIA GeForce GTX 1050Ti | Radeon R9 280X
Recommended System Requirements (High Setting)
- OS: Windows 10 64-Bit
- CPU: Intel Core i5-9600K | AMD Ryzen 7 3900X
- RAM: 8GB
- GPU: NVIDIA GeForce GTX 1080 | Radeon RX 6800

Kalau anda nak tahu, Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 adalah game team battle action percuma yang berdasarkan siri Universal Century (UC). Ia telah dikeluarkan di PlayStation 4 dan PlayStation 5 sejak tahun 2018.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa Network Test Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 akan dijalankan bermula pada 17 sehingga 19 Januari 2023 di Steam. Untuk mendapatkan liputan yang menarik tentang Gundam, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post