Selepas sekian lama menunggu, visual pertama untuk adaptasi ‘live-action’ One Piece akhirnya tiba! Walaupun kita dapat melihat poster istimewa yang menunjukkan Monkey D. Luffy bersama ahli krew Straw Hat lain tetapi tidak semuanya menepati cita rasa penonton; kerana beberapa netizen amat marah selepas melihat Luffy lakonan Inaki Godoy memakai kasut, dan bukannya sandal.


Apabila membawa satu karya ke medium lain, pasti akan ada banyak perubahan – lagi-lagi apabila menukar anime ke live action. Untuk One Piece versi live-action, satu perubahan besar adalah Luffy kini tidak lagi memakai sandal, sebaliknya memakai kasut, lantas kurang menyerupai imej ikonik watak utama One Piece.
Sudah tentu, ini menimbulkan kemarahan para peminat.
Untuk menenangkan hati peminat, Emily Rudd aka pelakon Nami menjelaskan mengapa perubahan ini dibuat melalui akaun Instagram-nya. “Story” ini kemudian dikongsi oleh @OP_Netflix_Fan di Twitter dan ternyata, alasannya amat munasabah.

“Kami semua melakukan sebanyak mungkin kerja lagak ngeri sendiri mengikut apa yang dibenarkan (dan jika kami tidak melakukannya, ia biasanya disebabkan oleh isu keselamatan di mana pelakon lagak ngeri kami yang hebat dan berbakat akan muncul).”
“Sandal, malangnya bukanlah kasut yang paling selamat untuk melakukan kerja lagak ngeri, dan kami tidak mahu anda semua terlepas kerja menakjubkan yang [Iñaki Godoy] lakukan.”
kata Emily Rudd.
Saya faham perasaan orang ramai apabila melihat Luffy memakai kasut tetapi adakah ia sesuai dalam versi live-action? Terang-terang, mereka harus melakukan banyak aksi, dan ada sesetengah yang bahaya – jadi masuk akal lah untuk Luffy memakai kasut. Apa yang lebih hebat adalah pelakon itu sendiri yang melakonkan lagak ngerinya, jadi semua orang patut kagum dengan usahanya.
Lagipun, pencipta One Piece – Eiichiro Oda sendiri telah mengawasi pembikinan siri live-action ini (siap ikut sekali ke penggambaran), jadi semua peminat boleh berehat tenang.
Selain Godoy dan Rudd, Mackenyu akan membintangi Roronoa Zoro, Jacob Gibson sebagai Usopp, Taz Skylar sebagai Sanji dan Peter Gadiot sebagai Red-Haired Shanks. Buat masa ini, tarikh tayangan rasmi untuk One Piece live-action tidak didedahkan tetapi Netflix mengesahkan bahawa siri ini akan keluar pada tahun ini.
Untuk membaca segala liputan kami tentang francais One Piece, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post