Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netflix Sahkan Filem Live-Action “Sifu”, Dibantu Pengarah John Wick!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 21, 2025
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Netflix Sahkan Filem Live-Action “Sifu”, Dibantu Pengarah John Wick!
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix secara rasmi menyertai pembangunan filem live-action adaptasi Sifu, game aksi seni mempertahankan diri yang dihasilkan oleh Sloclap, menurut Deadline.

Diumumkan pada 20 Februari 2025, projek ini sebenarnya telah dalam perancangan sejak akhir 2022 apabila Story Kitchen mula bekerjasama dengan Sloclap untuk membawa aksi kung fu intensif dari game ini ke layar perak.

Kredit: Sloclap

Filem ini akan ditulis oleh T.S. Nowlin, yang terkenal dengan hasil karyanya dalam trilogi The Maze Runner dan The Adam Project. Chad Stahelski, pengarah siri John Wick, akan bertindak sebagai penerbit menerusi syarikatnya, 87Eleven Entertainment, bersama Jason Spitz dan Alex Young.

Story Kitchen turut menyertakan Dmitri M. Johnson dan Mike Goldberg sebagai penerbit, dengan Timothy I. Stevenson, Elena Sandoval, dan Jeff Ludwig sebagai penerbit eksekutif.

Kredit: Sloclap

Pada asalnya, pencipta John Wick, Derek Kolstad, dilantik sebagai penulis skrip ketika projek ini pertama kali diumumkan pada 2022. Namun, dengan Nowlin kini mengambil alih, berkemungkinan terdapat perubahan kreatif daripada visi asal.

Berlatarbelakangkan China moden, Sifu mengisahkan seorang pelajar seni mempertahankan diri yang berusaha membalas dendam selepas mentornya dibunuh.

Salah satu mekanik utama dalam game ini—di mana watak utama akan semakin berusia setiap kali dia dihidupkan semula oleh jimat mistik—dijangka menjadi elemen penting dalam naratif filem. Namun, masih belum jelas sejauh mana adaptasi ini akan mengekalkan jalan cerita asal dari permainan.

Memandangkan projek ini masih dalam peringkat awal pembangunan, tiada tarikh tayangan, pengarah, mahupun barisan pelakon yang diumumkan. Para peminat hanya boleh membuat spekulasi siapa yang bakal membawa watak utama penuh tekad ini.

Walaupun Sifu sebelum ini telah menerima adaptasi animasi menerusi episod Sifu: It Takes a Life dalam antologi Secret Level di Prime Video pada 10 Disember 2024, versi Netflix ini akan menjadi sebuah filem live-action penuh.

Matlamatnya adalah untuk menghidupkan kembali aksi pertarungan tangan yang brutal serta mekanik penuaan unik dari game, menjadikannya berbeza daripada filem seni mempertahankan diri biasa.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: netflixSifu
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Marvel Rivals Season 1.5 – Pengalaman Bermain Human Torch & The Thing!

Next Post

Epic Games Tawar Dua Game Percuma Minggu Ini, Nilai Lebih RM100!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025
Smartphone

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

May 30, 2025
Next Post
Epic Games Tawar Dua Game Percuma Minggu Ini, Nilai Lebih RM100!

Epic Games Tawar Dua Game Percuma Minggu Ini, Nilai Lebih RM100!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd