Berita gembira untuk peminat One Piece—penggambaran untuk siri live action Season 2 secara rasmi telah selesai!
Sebelum ini, ramai yang bimbang bahawa Netflix mungkin tidak akan menayangkan musim terbaru tahun ini, tetapi info terbaru ini memberi harapan bahawa Straw Hat Pirates akan kembali lebih awal daripada jangkaan. Bagi meraikan tamatnya produksi, pasukan produksi telah berkongsi gambar eksklusif di sebalik tabir, memberi pandangan istimewa tentang detik ini.
Sekali lagi, pelakon One Piece dari serata dunia—termasuk Mexico, Jepun, Los Angeles, dan Las Vegas—telah berkumpul semula di Afrika Selatan untuk menjalani penggambaran. Barisan pelakon asal yang kembali ke watak mereka ialah Iñaki Godoy sebagai Monkey D. Luffy, Mackenyu sebagai Roronoa Zoro, Emily Rudd sebagai Nami, Jacob Romero sebagai Usopp, dan Taz Skylar sebagai Sanji.
Pengembaraan Baru Bermula
Bagi peminat yang tidak sabar menantikan Season 2, pencipta siri ini, Eiichiro Oda, sebelum ini telah memberikan sedikit gambaran mengenai apa yang bakal berlaku. Menurut Oda, musim terbaru ini akan membawa kru Straw Hats ke Loguetown, Reverse Mountain (Twin Capes), Whiskey Peak, Little Garden, dan Drum Island.
Oda juga sempat berkunjung ke Afrika Selatan semasa penggambaran, di mana beliau berpeluang bertemu dengan barisan pelakon asal dari Season 1, serta mengenali wajah-wajah baru yang akan membuat kemunculan dalam Season 2.
Salah satu watak yang paling dinanti-nantikan dalam musim terbaru ini ialah Tony Tony Chopper, doktor akan datang kepada kru Straw Hats. Oda telah mengesahkan bahawa Chopper akan muncul dalam Season 2, namun pelakon yang akan membawa watak ini masih belum diumumkan. Apa yang pasti, watak ini akan dihidupkan dengan teknologi animasi CGI bagi memastikan reka bentuknya kekal setia kepada versi asal.
Season 2 bukan sekadar memperkenalkan sekutu baru, tetapi juga musuh yang lebih kuat. Sebaik sahaja tiba di Loguetown, Luffy dan kru akan berdepan dengan Smoker, seorang Marine Captain yang bertekad untuk menangkapnya. Namun, cabaran sebenar menanti mereka di Grand Line, di mana mereka akan berhadapan dengan Crocodile—musuh yang akan menguji kekuatan dan kesatuan kumpulan ini.
Selain itu, Season 2 juga dijangka memperkenalkan Nico Robin, yang bakal menjadi sebahagian daripada kru Straw Hats.
Dalam episod terakhir Seson 1, Luffy menerima berita bahawa dia kini mempunyai bounty tertinggi di East Blue selepas berjaya menumbangkan Arlong. Ini mengesahkan statusnya sebagai lanun sejati, tetapi pada masa yang sama menjadikan dia dan rakan-rakannya sasaran utama bagi musuh. Kini mereka bersedia memasuki Grand Line bagi meneruskan pencarian One Piece.
Pengembaraan ini masih jauh dari tamat—Grand Line menanti!
@gamersantaimy
Discussion about this post