Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netflix ONE PIECE mendedahkan pelakon Koby, Buggy, Garp dan lain-lain

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 9, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Netflix ONE PIECE mendedahkan pelakon Koby, Buggy, Garp dan lain-lain
Share on FacebookShare on Twitter

Dunia Netflix One Piece baru sahaja menjadi lebih besar selepas pihak produksi mengumumkan sejumlah watak baru yang bakal menyertai geng Straw Hat Pirates dalam pengembaraan aksi langsung mereka. Menurut berita terkini, Netflix One Piece memberi pengesahan tentang pelakon yang akan memainkan watak Koby, Alvida, Helmeppo, Arlong, Buggy dan Garp.

Kita sudah tahu senarai pelakon utama untuk Netflix One Piece versi live action, iaitu Iñaki Godoy sebagai Monkey D. Luffy, Mackenyu sebagai Roronoa Zoro, Emily Rudd sebagai Nami, Jacob Romero Gibson sebagai Usopp dan Taz Skylar sebagai Sanji.

Netflix dedahkan barisan pelakon untuk Live Action ONE PIECE!

Memandangkan penggambaran untuk siri ini sudah berjalan, setiap pelakon Straw Hat telah memuat naik video dan imej di media sosial untuk meluahkan keterujaan mereka termasuk menunjukkan cara masing-masing melatih watak sama ada dengan memasak atau memegang katana menggunakan gigi.

Bagi penambahan baru, berikut adalah pelakon yang memegang watak Koby, Alvida, Helmeppo, Buggy, Arlong dan Garp:

  • Morgan Davies sebagai Koby
  • Ilia Isorelýs Paulino sebagai Alvida
  • Aidan Scott sebagai Helmeppo
  • Jeff Ward sebagai Buggy
  • McKinley Belcher III sebagai Arlong
  • Vincent Regan sebagai Garp

Berikut adalah gambar pelakon bersama watak yang dipegang:

Seperti yang korang tahu, ada watak baik, ada watak jahat. Jika info saya betul , Netflix One Piece mempunyai sebanyak 10 episod dan akan merangkumi keseluruhan saga East Blue. Dengan pencipta asal, Eiichiro Oda sebagai penerbit eksekutif, kualitinya harap-harap sama bagus seperti anime dan manga.

Apakah pendapat korang tentang pelakon-pelakon di atas untuk Netflix One Piece? Sesuai atau tidak dengan watak mereka? Jom kongsi pendapat bersama saya di ruang komen!

Sumber – Netflix

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: live actionnetflixone piecepelakon
Previous Post

Lelaki berjaya tamatkan Elden Ring tanpa mati dalam rekod hampir 3 jam

Next Post

Gaya bertarung dalam filem The Batman diilhamkan daripada gaya silat!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Gaya bertarung dalam filem The Batman diilhamkan daripada gaya silat!

Gaya bertarung dalam filem The Batman diilhamkan daripada gaya silat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd