Netflix nampaknya telah membatalkan siri live action Cowboy Bebop selepas satu musim, yang menyaksikan John Cho, Daniella Pineda dan Mustafa Shakir sebagai Spike Spiegel, Jet Black dan Faye Valentine. Walaupun menerima ulasan bercampur-campur, siri ini masih berjaya memasuki “carta terbaik”. Namun, menurut laporan baharu daripada The Hollywood Reporter, mereka telah mengesahkan bahawa siri ini benar-benar telah dibatalkan oleh Netflix, lantas menamatkan kisah aksi langsung Bebop dan pengembaraannya.
Berikut adalah petikan dari sumber yang menjelaskan sebab pembatalan:
“Orang dalam menunjukkan kadar pembaharuan kontrak Netflix untuk siri skrip yang mempunyai dua musim atau lebih berada pada 60% adalah sejajar dengan purata industri, dan, seperti semua hasil pembaharuan Netflix, keputusan itu dibuat dengan mengimbangi jumlah penonton dan kos rancangan. Platform streaming itu juga berbangga kerana mengambil projek besar seperti Cowboy Bebop dan mempunyai banyak rancangan bergenre lain dalam siaran serta dalam pembikinan.”

Dalam ulasan kami tentang siri ini, penulis kami @maira menyatakan bahawa siri “tidak menjelaskan lebih mendalam “, dan sangat berbeza berbanding anime asal:
Adaptasi Netflix Live-Action Cowboy Bebop bukanlah seperti anime asal. Ia tidak menjelaskan lebih mendalam mengenai Cowboy Bebop dan perkembangan watak serta beberapa pilihan seperti personaliti Faye dan jenaka pelik amat menjengkelkan. Perbandingan dengan anime adalah natural terutamanya bila anime ini sangat digemari ramai.
Walaupun begitu, saya tetap enjoy tengok siri ini. Ini mungkin kerana penciptanya sangat mengambil berat mengenai anime dan anda boleh nampak persembahannya dengan bajet yang tinggi, reka bentuk dan soundtrack yang hebat.

Apakah pendapat anda tentang pembatalan Cowboy Bebop di Netflix? Jom kongsi pendapat anda di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang Cowboy Bebop, sila tekan SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post