Netflix Games sudah mula dilancarkan ke aplikasi mobile bermula minggu ini. Bersama-sama dengan pengumuman ini, perkembangan dan ujian serantau bagi usaha baharu Netflix Games sejak beberapa bulan lalu telah didedahkan. Syarikat itu juga memberi pesanan khas bahawa ini hanyalah permulaan dalam dunia gaming serta meyakinkan orang ramai bahawa mereka yang mempunyai langganan Netflix akan dapat mengambil bahagian tanpa sebarang iklan atau bayaran tambahan.

Pengumuman daripada akaun Twitter Netflix Geeked mengesahkan tarikh keluaran untuk permainan pada aplikasi Netflix . Ciri-ciri ini akan boleh didapati bergantung di negara mana yang kita berada. Anda akan berpeluang merasainya tidak lama lagi dan pastikan mempunyai langganan Netflix yang aktif.
Kesemua ahli aktif boleh mengakses lima mobile games iaitu Stranger Things: 1984 (BonusXP), Stranger Things 3: The Game (BonusXP), Shooting Hoops (Frosty Pop), Card Blast (Amuzo & Rogue Games), and Teeter Up (Frosty Pop). Kesemua game ini boleh didapati dalam banyak bahasa bergantung kepada yang digunakan dalam Netflix profile. Mike Verdu, VP game developer dari Netflix berkata, “jika anda inginkan permainan kasual, anda boleh bermula dari awal dan jika mahukan pengalaman mengasyikkan game ini membolehkan anda mendalami pengalaman dalam dunia gaming dengan lebih mendalam. Kami ingin mula membina library game yang menawarkan sesuatu untuk semua orang.”
Netflix games akan tersedia untuk peranti Android melalui Google App Store bermula pada 2 November dan melalui aplikasi Netflix pada 3 November. Buat masa sekarang, ianya tersedia pada peranti Android. Untuk mengakses, anda perlu menggunakan Android dan kemudiannya masuk ke dalam Netflix app. Kita akan dapat lihat deretan permainan khusus untuk dimuat turun. Sesetengah game boleh dimainkan secara offline dan terdapat juga game yang memerlukan sambungan internet .
Setakat ini, Netflix tidak mengumumkan sebarang rancangan untuk menawarkan penstriman game, seperti yang dilakukan oleh Microsoft, Sony, Xbox Cloud Gaming dan PlayStation Now, tetapi apa-apa boleh berlaku pada masa hadapan.
@gamersantaimy
Discussion about this post