Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netflix batalkan siri live-action Resident Evil, tidak capai sasaran katanya

safwan by safwan
August 29, 2022
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix, Survival
0 0
0
Netflix batalkan siri live-action Resident Evil, tidak capai sasaran katanya
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, terdapat berita yang mengesahkan bahawa Netflix telah membatalkan musim kedua bagi siri live-action Resident Evil selepas tidak mencapai sasaran.

Menurut laporan Deadline, siri TV itu tidak sesuai dengan jangkaan dan memandangkan kos pengeluaran adalah kriteria utama Netflix. Semasa membuat keputusan pembaharuan, siri live-action Resident Evil nampaknya tidak mencapai sasaran dan sekali gus menyertai siri live-action lain seperti Cowboy Bebop dan Jupiter’s Legacy sebagai satu lagi adaptasi berprofil tinggi yang dibatalkan selepas satu musim.

Resident Evil Netflix

Sejurus selepas debutnya pada 14 Julai 2022, ia telah menerima banyak kritikan yang biasa-biasa sahaja dan ada juga beberapa peminat yang memuji siri adaptasi live-action kerana mempunyai kaitan atau hubungan yang sama seperti dalam game.

Pada minggu pertama, ia telah berjaya menduduki tempat kedua dengan sebanyak 72.7 juta jam tontonan malah untuk minggu kedua masih berada di carta Top 5. Selepas 3 minggu ditayangkan, ia terus jatuh dan langsung tidak kelihatan di dalam carta Top 10. Review daripada pengkritik seperti Rotten Tomatoes pun memberikan skor sebanyak 55% dan 27% daripada penonton.

Resident Evil Netflix

Siri Netflix Resident Evil mempunyai dua garis masa yang berbeza. Yang pertama adalah berlaku di Afrika Selatan di mana Umbrella Corporation telah menubuhkan ibu pejabat baharunya. Manakala garis masa kedua adalah pada masa hadapan selepas zombi telah mengusai tamadun.

Ia dibintangi oleh Lance Reddick sebagai Albert Wesker, dan anak perempuannya Jade dan Billie Wesker. Jade menjadi tumpuan garis masa kedua iaitu pada masa hadapan dengan bergelut untuk bertahan di tengah-tengah runtuhan dan mencari petunjuk tentang keberadaan kakaknya.

Resident Evil Netflix

Nampaknya, siri live-action Resident Evil masih tidak digemari oleh orang ramai sedangkan adaptasi daripada game ini telah dilakukan banyak kali dan semuanya dapat hasil yang tidak mengagumkan. Kalau korang nak layan musim pertama Resident Evil, ia masih tersedia di Netflix.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: live-actionnetflixResident Evil
Previous Post

Disgaea 7 Akan Lancar Pada Januari 2023 di PS dan Switch, Menampilkan Pelbagai Mekanik Baru!

Next Post

Spoiler One Piece: Bounty baru ahli Straw Hat, kisah Buggy jadi Yonko

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Spoiler One Piece: Bounty baru ahli Straw Hat, kisah Buggy jadi Yonko

Spoiler One Piece: Bounty baru ahli Straw Hat, kisah Buggy jadi Yonko

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd