Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netflix bakal hasilkan anime Onimusha, berdasarkan game popular oleh CAPCOM

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 25, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Netflix bakal hasilkan anime Onimusha, berdasarkan game popular oleh CAPCOM
Share on FacebookShare on Twitter

Acara Netflix Tudum Japan hari ini mendedahkan bahawa francais game Onimusha oleh CAPCOM mendapat adaptasi anime yang akan disiarkan di platform Netflix.

Pengarah terkenal Takashi Miike (terlibat dalam filem aksi langsung Ichi the Killer, Blade of the Immortal, Crows Zero, JoJo’s Bizarre Adventure: Diamond Is Unbreakable, Terraformars) akan berkhidmat sebagai ketua pengarah siri di Sublimation manakala Shin’ya Sugai (Dragon’s Dogma, Shikizakura) akan mengarahkan siri ini.

Siri ini akan menggunakan mendiang pelakon prolifik Toshirō Mifune (Rashomon, Seven Samurai) sebagai model untuk watak utama Miyamoto Musashi.

CAPCOM memperkenalkan siri permainan aksi survival era Sengoku, “Onimusha”, pada tahun 2001 di mana ia menceritakan semula kisah dari era Sengoku tetapi dengan unsur ghaib/supernatural. Game terbaharu dalam siri ini, iaitu Onimusha: Warlords (remaster untuk game pertama), dikeluarkan pada Januari 2019.

Sebelum ini, francais permainan juga telah mengilhamkan filem CG “Onimusha: Dawn of Dreams” pada tahun 2006. Filem ini menyusun rakaman animasi CG daripada game Onimusha: Dawn of Dreams di PlayStation 2 dan juga menambahkan adegan animasi tambahan.

Berikut adalah rumusan daripada Netflix bagi siri anime Onimusha:

“Permulaan zaman Edo, Musashi bukan lagi seorang lelaki muda. Dia memulakan perjalanan dengan Oni Gauntlet legenda untuk mengalahkan Genma. Watak CGI 3D dan latar belakang lukisan tangan mencipta visual yang luar biasa. Onimusha diberikan kehidupan baharu menggunakan teknologi animasi moden.”

Sumber – Netflix Tudum Japan

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animenetflixonimusha
Previous Post

Remake Anime Rurouni Kenshin Akan Hadir 2023! Trailer Terbaru Didedahkan!

Next Post

Jujutsu Kaisen 2 Akan Ditayangkan Dalam Dua Bahagian! Adaptasi Shibuya Incident Arc Disahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Jujutsu Kaisen 2 Akan Ditayangkan Dalam Dua Bahagian! Adaptasi Shibuya Incident Arc Disahkan!

Jujutsu Kaisen 2 Akan Ditayangkan Dalam Dua Bahagian! Adaptasi Shibuya Incident Arc Disahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd