Memandangkan bulan Ogos hampir tiba, Netflix bakal menawarkan pelbagai siri, filem dan animasi baru untuk tontonan orang ramai. Kita semua tahu bahawa pilihan Netflix sangat banyak, jadi mungkin ada yang keliru dan tidak tahu apa untuk lihat – maka berikut adalah senarai ‘apa yang best untuk tonton pada Ogos 2022!
Mari kita mulakan!
1 Ogos

Interstellar – Sekumpulan angkasawan mengembara melalui lubang cacing berhampiran Zuhal untuk mencari rumah baru bagi manusia.

Mission: Impossible – Ethan Hunt didakwa atas pembunuhan pasukan IMF dan dituduh menjual rahsia kerajaan kepada peniaga senjata yang hanya dikenali sebagai “Max”. Dalam pelarian, Ethan berusaha untuk mendedahkan pengkhianat sebenar dan membersihkan namanya.

Mission: Impossible II – Ethan bekerja dengan pencuri profesional Nyah Nordoff-Hall untuk menghalang ejen IMF Sean Ambrose daripada mencuri virus maut, memulakan wabak, dan menjual penawar kepada pembida tertinggi.

Mission: Impossible – Ghost Protocol – Ethan dan seluruh IMF dipersalahkan atas pengeboman Kremlin semasa menyiasat individu yang hanya dikenali sebagai “Kobalt”. Dia dan tiga ejen lain harus menghalangnya daripada memulakan perang nuklear global.

Mission: Impossible – Rogue Nation – Ethan Hunt mendapat ancaman daripada Syndicate. Berdepan dengan pembubaran IMF, Hunt mengumpulkan pasukannya untuk membuktikan kewujudan Syndicate dan menjatuhkan organisasi itu dengan apa-apa cara yang perlu.

Mission: Impossible – Fallout – Apabila misi IMF untuk mendapatkan semula plutonium berakhir dengan teruk, dunia berdepan dengan ancaman Apostles, sebuah organisasi pengganas yang dibentuk oleh bekas ahli Syndicate. Ketika Ethan Hunt mengambil tanggungjawab untuk memenuhi misi asal, CIA mula mempersoalkan kesetiaannya dan motifnya.

A Silent Voice – Seorang budak lelaki cuba merapatkan diri dengan gadis pekak yang dia selalu buli di sekolah rendah. Dia berasa tidak layak untuk dimaafkan tetapi cuba membetulkan keadaan.
5 Ogos
Carter – Seorang lelaki bangun tanpa ingatan dan diarahkan oleh suara misteri melalui peranti di telinganya, untuk memulakan misi menyelamat tebusan yang penuh dengan bahaya.
8 Ogos

Naruto Shippuden: Season 1, 2, 3, 4 – Uzumaki Naruto dan rakan-rakan menerima cabaran baru untuk melawan organisasi Akatsuki yang jahat demi menyelamatkan semua kampung.
10 Ogos
School Tales The Series – Seram yang tidak terkata berlangsung di dewan sekolah menengah dalam antologi ini yang memaparkan cerita hantu oleh pengarah kisah seram Thailand yang berpengalaman.
12 Ogos
Day Shift – Seorang bapa hanya mahu memberikan kehidupan yang baik untuk anak perempuannya yang cerdik, tetapi kerja membersihkan kolam di San Fernando Valley rupanya adalah samaran kerana sumber pendapatan sebenar datang daripada memburu dan membunuhnya vampire.
18 Ogos
Tekken: Bloodline – Selepas kehilangan rumahnya kepada musuh yang kuat, seorang pahlawan panas baran berlatih di bawah datuknya sementara menunggu peluangnya untuk membalas dendam.
19 Ogos

The Assistant – Filem ini mengisahkan Zafik yang salah dipenjarakan. Setelah dibebaskan, dia ingin membalas dendam kepada pembunuh isteri dan anaknya dan bertemu Feroz yang menjadi pembantunya.
20 Ogos
Fullmetal Alchemist The Revenge of Scar – Ed dan Al melawat Central, di mana seorang pembunuh bersiri sedang menyasarkan State Alchemist. Walaupun identiti penjenayah tidak diketahui, dia digelar “Scar” kerana parut berbentuk X di dahinya.
24 Ogos

Umma – Mengisahkan Amanda, seorang ibu tunggal yang tinggal bersama anak perempuannya di ladang terpencil yang dihantui oleh hantu ibunya.
26 Ogos

Seoul Vibe – Pada hari-hari menjelang Sukan Olimpik Seoul 1988, sekumpulan pemandu dan mekanik menyamar untuk membongkarkan organisasi pengubahan wang haram yang besar.
Itulah senarai peribadi saya untuk filem, siri dan animasi yang korang boleh tonton di Netflix pada bulan Ogos 2022! Untuk segala liputan kami tentang Netflix, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post