Hari ini, NetEase Games bersama NAKED RAIN (di bawah Thunder Fire) telah mengumumkan Project Mugen, “free-to-play urban open-world RPG” baru yang akan tersedia untuk PlayStation 5, PlayStation 4, PC, iOS, dan Android. Lebih menarik lagi, game itu kini tersedia untuk pre-register sekarang melalui laman web rasmi.
Sempena pengumuman ini, NetEase telah mengeluarkan trailer baru yang korang boleh tonton di bawah:
Sinopsis

Dalam dunia lebih kurang seperti Bumi, mitos lama menjadi realiti dan manusia kini wujud bersama alam supernatural.
Pemain akan melangkah masuk ke peranan seorang Esper, yang dikenali sebagai “Infinite Trigger.” Tugas mereka adalah untuk menyiasat melalui bandar-bandar meriah, dan menghadapi anomali dan kejadian ghaib yang mengancam keseimbangan bandar yang aman ini.

Sepanjang perjalanan, pemain akan bekerjasama dengan pelbagai Esper lain, masing-masing dengan latar belakang sendiri, untuk menghadapi Chaos yang membahayakan manusia. Menyelam jauh ke dalam misteri, terokai kehidupan bandar dan cipta kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama rakan-rakan.
Semasa pemain menavigasi dalam dunia permainan, mereka akan memulakan usaha untuk mendapatkn semula memori yang hilang, menghadapi cabaran di pelbagai bandar berbeza dan berusaha untuk mendapatkan kunci bagi menyelamatkan dunia.
Ciri-ciri gameplay

- Berlatarkan lokasi urban open-world – Terokai peta luas yang memberikan pengalaman bandar yang meriah. Daripada hiburan malam yang diterangi lampu neon hingga ke taman yang tenang, setiap sudut bandar memiliki kisah sendiri. Sibukkan diri dengan penerokaan terbuka, memanjat bangunan pencakar langit, menyelam ke dalam kereta api bawah tanah dan berinteraksi dengan persekitaran dinamik yang bertindak balas terhadap setiap pergerakan anda.
- Pengalaman pertempuran unik – Terlibat dalam pertempuran berasaskan pasukan dengan empat watak, setiap satu mempunyai atribut berbeza yang bersinergi antara satu sama lain. Gunakan objek daripada alam sekitar dalam pertempuran dan manfaatkan kawasan bandar untuk melawan raksasa dalam pelbagai cara.
- Ciri navigasi dan kenderaan pantas – Setiap watak mempunyai kemahiran pergerakan asas seperti parkour, berayun atau memanjat dinding. Sesetengah watak juga mempunyai keupayaan navigasi yang unik berdasarkan identiti individu mereka, seperti menunggang tukul khas. Pemain juga boleh mencuri dan menunggang kenderaan seperti kereta di dalam bandar.



Seperti saya kata tadi, Project Mugen akan dilancarkan secara percumma untuk PlayStation 5, PlayStation 4, PC, iOS, dan Android. Bagi mereka yang berminat, anda boleh pre-register sekarang melalui laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post