Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netease rancang untuk bawa Naraka: Bladepoint ke pasaran mobile

Maira by Maira
September 2, 2021
in Artikel, Battle Royale, Berita, Mobile, PC, Steam
Reading Time: 2 mins read
0 0
0
Netease rancang untuk bawa Naraka: Bladepoint ke pasaran mobile
Share on FacebookShare on Twitter

NetEase kini merancang untuk membangunkan versi mudah alih dari hit baru mereka iaitu Naraka: Bladepoint. Permainan ini adalah battle royale aksi 60 pemain yang menawarkan mobiliti dahsyat dengan pergerakan parkour dan aksi menentang graviti. Watak-wataknya juga memiliki pelbagai kemahiran unik dalam permainan ini.

Syarikat gergasi China itu juga mengesahkan pengumuman untuk membawa versi permainan mudah alih di NetEase (NTES) Q2 2021 Earnings Call walaupun belum ada perincian yang didedahkan. Permainan ini hanya tersedia di PC sahaja.

Gambaran keseluruhan Naraka: Bladepoint

Genre Action-Adventure menampilkan 60 pemain ini yang berjuang untuk menjadi orang terakhir bagi merangkul gelaran di peta Morus Island. Ia mempunyai mod co-op, multiplayer, dan mod pemain solo. Tetapi tarikan utama permainan ini adalah gaya tempurnya yang menakjubkan. Pertarungan gaya seni Timur yang menakjubkan, pergerakan parkour, dan kemahiran watak membezakan permainan ini daripada pesaingnya yang lain dengan tag “battle royale”.

Dengan semua ciri yang penuh dengan kegembiraan ini, Naraka:Bladepoint memenangi minat pemain China dan luar negara serta menandakan kejayaan untuk NetEase di pasaran global. Dengan permainan yang menawan dan grafik canggih, debut permainan ini juga diterima dengan baik di kalangan pemain tegar di pasaran Barat.

RelatedPosts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

Permainan ini pertama kali dilancarkan di China pada bulan Julai. Diikuti dengan pelancaran global pada 12 Ogos 2021, Naraka: Bladepoint dengan cepat menjadi jualan mingguan terbaik di Steam. Pembangunnya, NetEase berharap jumlahnya lebih tinggi apabila merangkumi pemain yang bermain permainan di saluran rasmi mereka.

Namun, permainan menunjukkan bahawa masih banyak perkara yang tertinggal untuk disertakan dalam arena battle royale. Peminat telefon bimbit hanya mampu menunggu sehingga ada berita lebih lanjut untuk mereka berkenaan permainan ini. So, korang yang mana belum cuba permainan ni boleh ke Steam dan main permainan ni dengan kawan-kawan yang lain. Untuk mereka yang baru je dengar pasal permainan ni boleh singgah untuk tau lebih lanjut tentang Naraka: Bladepoint di sini.

Sumber: gamingonphone

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: battle royaleNaraka Bladepointnetease
Previous Post

Ash Crimson beraksi! Dia sah akan menyertai barisan The King of Fighters XV!

Next Post

Anime Dragon Ball Super diharamkan di Argentina kerana kandungan seksual!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Anime Dragon Ball Super diharamkan di Argentina kerana kandungan seksual!

Anime Dragon Ball Super diharamkan di Argentina kerana kandungan seksual!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd