Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

NetEase Games Umum ‘Rusty Rabbit’, Game Aksi Side Scroller Oleh Penulis Anime Terkenal Gen Urobuchi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 6, 2024
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PC, Platformer, PS5, Steam
0 0
0
NetEase Games Umum ‘Rusty Rabbit’, Game Aksi Side Scroller Oleh Penulis Anime Terkenal Gen Urobuchi
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, NetEase Games dan NITRO PLUS mengumumkan Rusty Rabbit, game side scroller 2.5D action adventure yang akan dilancarkan untuk PlayStation 5 dan PC melalui Steam pada 24 September.

Berikut adalah trailer rasmi untuk gambaran umum:

Dibangunkan dengan kerjasama antara NetEase Games dan syarikat novel visual NITRO PLUS, Rusty Rabbit membawakan kisah peribadi yang menyampaikan banyak pengembaraan dan penerokaan bersama dengan aksi gameplay “smash and dash”. Dalam Rusty Rabbit, pemain akan mengawal Stamp, seekor arnab yang hidup di antara runtuhan gergasi dalam dunia beku yang ditinggalkan oleh manusia.

Kredit: NetEase Games

Konsep asal dan lakon layar untuk Rusty Rabbit dicipta oleh Gen Urobuchi, penulis siri anime terkenal seperti Puella Magi Madoka Magica dan PSYCHO-PASS, serta penulis trilogi filem animasi Godzilla yang disiarkan di Netflix. Rusty Rabbit akan menampilkan Takaya Kuroda (Kazuma Kiryu dalam Yakuza / Like a Dragon siri) sebagai pelakon suara Jepun untuk watak utama, Stamp.

Sinopsis

Kredit: NetEase Games

Beribu-ribu tahun selepas manusia meninggalkan planet ini, arnablah yang mewarisinya…

Stamp, seekor arnab tua dan yang tinggal di planet tinggalan manusia, menghabiskan hari-harinya memandu mecha dipercayainya yang dikenali sebagai “Junkster”, dengan mengumpul sampah di seluruh runtuhan dunia beku dan bermain-main dengan mesin.

Bernasib malang, Stamp jatuh ke “dunia bawah planet”, lalu menemui D-TAM; terminal untuk menyimpan maklumat. Menggunakan D-TAM, dia menemui maklumat berkaitan anak perempuannya yang hilang dan kebenaran tersembunyi tentang dunia yang mereka diami.

Maka bermulalah perjalanannya, menggali lebih dalam ke dalam runtuhan ini untuk membongkar misteri yang mengelilingi dunia ini.

Gameplay

Kredit: NetEase Games

Tidak banyak yang didedahkan berkenaan gameplay, tetapi kita tahu ini adalah game 2.5D side scroller yang memfokuskan pada pengembaraan dan aksi. Selain itu, kita tahu bahawa game ini menampilkan sistem progression ala RPG dan sejumlah ciri customization.

Menurut NetEase, kita boleh menguatkan mecha menggunakan bahagian dan bahan yang dikumpul dari runtuhan, dan kalahkan musuh yang menjaga harta karun untuk menguatkan Stamp.

Kredit: NetEase Games

Sistem pertempuran berbentuk “Smash and Dash” di mana pemain memanfaatkan kelajuan dan mobiliti mecha ala ninja, untuk “Smash and Dash” mengharungi labirin seperti runtuhan dan mencari harta karun yang menanti.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: netease gamesRusty Rabbit
ShareTweetSend
Previous Post

TableCon Quest 2024 Bawa Demo Penuh Ultraman Card Game & Pamer Game Tempatan & Antarabangsa

Next Post

Acer Di Computex 2024: Pameran Laptop Kuasa AI, Router Pantas Kilat, & Kamera SpatialLab!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Next Post
Acer Di Computex 2024: Pameran Laptop Kuasa AI, Router Pantas Kilat, & Kamera SpatialLab!

Acer Di Computex 2024: Pameran Laptop Kuasa AI, Router Pantas Kilat, & Kamera SpatialLab!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd