Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Negara Islam tidak suka Yaya bertudung” – Pencipta BoBoiBoy ceritakan hal sebenar

Alan Fikri by Alan Fikri
October 16, 2022
in Animasi, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
“Negara Islam tidak suka Yaya bertudung” – Pencipta BoBoiBoy ceritakan hal sebenar
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa yang tidak tahu tentang siri animasi kegemaran rakyat Malaysia iaitu Boboiboy yang kini telah berjaya ditayangkan ke luar negara, termasuk juga platform streaming seperti Netflix. Tetapi tidak sangka akan timbul masalah tentang rekaan watak Yaya yang bertudung apabila siri Boiboy ingin ditayangkan di negara Islam.

Pencipta siri Boboiboy dan pengasas studio Monsta, Nizam Abd Razak telah berkongsi maklumat yang menarik tentang siri itu menerusi akaun Twitter beliau:

(THREAD) Pada 2010, kami pitch BoBoiBoy kepada Disney Channel Asia. Antara isu yang kami dirisaukan ialah watak Yaya kerana bertudung. Apabila kami bertanya kepada Laura, Boss Disney Channel Asia pada ketika itu, beliau memberikan dorongan untuk teruskan design Yaya bertudung. pic.twitter.com/CEUFuJZmCW

— NizamABDRAZAK (@nizamabdrazak) October 15, 2022

Menurut Nizam, beliau merasa amat risau tentang isu watak Yaya yang bertudung ketika sedang membentangkan idea kepada Disney Channel Asia. Tetapi lain pula yang jadi apabila Laura, boss Disney Channel Asia memberi dorongan supaya mengekekalkan watak Yaya untuk bertudung dan menggalakkan lagi kepada mereka untuk kekalkan idea rekaan watak berhijab.

Laura juga berkata ini kerana ia dapat menunjukkan keunikan animasi daripada negara kita yang berbilang bangsa, agama dan kaum. Pencipta animasi Boboiboy itu merasa terkilan apabila siri Boboiboy cuba untuk dipasarkan ke negara di mana majoriti penduduknya adalah Muslim, idea ini ditolak dan watak Yaya telah digantikan dengan Hanna yang tidak bertudung.

Nizam juga telah memberitahu kepada peminat tentang rekaan watak Mara, salah seorang watak berhijab di dalam siri Mechamato, bahawa beliau tidak akan mengubah apa-apa dari segi rekaan watak tersebut. Malah, siri itu telah mendapat sambutan yang baik dari penonton Jepun dan ia juga hadir dengan alih suara Bahasa Jepun itu sendiri.

Bagi sesiapa yang belum layan Mechamato musim pertama, anda kini boleh menonton siri animasi ini pada 3 Oktober 2022 bagi TV 9 dan 4 Oktober 2022 di TV 3. Korang juga boleh stream Mechamato menerusi Netflix sekarang!

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai Boboiboy, Mechamato dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Animonsta StudioBoboiboyMechamatoMonsta
Previous Post

Nak Masuk Industri Game? Fahami Proses Untuk Mendapatkan Kerja Dalam Industri! [IGDX 2022]

Next Post

Kitaria Fables Memenangi GOTY Untuk Indonesia Game Awards! [IGDX 2022]

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Kitaria Fables Memenangi GOTY Untuk Indonesia Game Awards! [IGDX 2022]

Kitaria Fables Memenangi GOTY Untuk Indonesia Game Awards! [IGDX 2022]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd