Sebelum ini, Criterion mendakwa bahawa mereka boleh melancarkan game Need for Speed terbaru pada November tahun ini dengan menggabungkan gaya foto realistik dan elemen anime.

Menurut Jeff Grubb dari VentureBeat, dia membincangkan projek yang telah lama ditunggu-tunggu dalam episod terbaru rancangan Grubbsnax. Dia memberitahu bahawa Need for Speed baharu akan merupakan realistik foto dengan penambahan elemen anime. Dia juga menjelaskan tentang estetika yang mereka mahukan dengan elemen anime yang ditambah, seperti api ala-ala kartun.
Selain daripada gaya visual baharu Need for Speed, Grubb turut mendakwa game ini akan berlaku di Chicago yang dikenali sebagai Lake Shore City, dan pelbagai ciri biasa akan kembali untuk game ini. Ciri-ciri yang dikatakan termasuklah Autolog dan alat sosial tertumpu kepada multiplayer serta keupayaan untuk mengubahsuai semua bahagian kereta anda.

Pada awalnya, mereka ingin mengeluarkan game terbaru bagi francais Need for Speed pada tahun 2021 tetapi ditangguhkan kepada 2022 selepas Criterion Games diminta untuk memastikan Battlefield 2042 dikeluarkan pada tahun itu. Syarikat ini telah mengambil alih pembangunan Need for Speed daripada Ghost Games selepas studio itu dibubarkan berikutan kegagalan yang berlaku pada Need for Speed: Heat.
Criterion Games sebelum ini mengusahakan siri Need for Speed untuk Hot Pursuit pada 2010 dan Most Wanted pada 2012, dengan memberikan bantuan dalam membangunkan Need for Speed: Rivals pada 2013. EA sebelum ini telah mengumumkan bahawa game Need for Speed seterusnya akan dikeluarkan untuk konsol yang terdahulu dengan ciri crossplay, tetapi perkara ini masih tidak dapat dijelaskan.

Apa pendapat korang tentang elemen anime yang akan ditambah dalam Need for Speed terbaru? Kongsi pendapat korang di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita tentang Need for Speed, sila klik pautan ini.
Sumber : VGC
@gamersantaimy
Discussion about this post