Bakal dilancarkan di seluruh dunia pada 6 September di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, PC dan Nintendo Switch, NBA 2K25 berniat untuk menyampaikan tahap realisme lebih tinggi berkat teknologi ProPLAY dan gameplay yang lebih bervariasi – dan sebagai langkah promosi terbaru, hari ini mereka turut mendedahkan atlet utama untuk muka depan permainan.
- Pertama sekali ialah Jayson Tatum, lima kali NBA All-Star untuk Boston Celtics Forward dan NBA Champion sebagai atlet muka depan untuk NBA 2K25 Standard Edition.
- Kedua ialah A’ja Wilson, WNBA Champion berturut-turut, dua kali MVP WNBA dan enam kali WNBA All-Star Las Vegas Aces Forward, sebagai atlet muka depan untuk NBA 2K25 All-Star Edition.
- Ketiga ialah Vince Carter, penerima 2024 Naismith Memorial Basketball Hall of Fame, lapan kali All-Star dan dua kali All-NBA Team dan legenda NBA dunk contest, sebagai atlet muka depan untuk NBA 2K25 Hall of Fame Edition.
Tentang Game Ini

Rasai gerakan setiap pemain profesional NBA dan asah kemahiran untuk menyampaikan persembahan dramatik yang mampu memenangi kejohanan. Animasi dihidupkan dengan ProPLAY, sistem teknologi yang menterjemah rakaman NBA secara langsung kepada gameplay yang menarik, yang memberi pengalaman NBA yang paling autentik setakat ini.
Cipta legasi anda dalam MyCAREER dan MyTEAM, sambil mengalami MyNBA, The W, dan MyLEAGUE. Luahkan personaliti anda dengan pelbagai pilihan customization dan terokai City serba baharu (hanya di PlayStation 5, Xbox Series dan PC) atau metropolis bandar di Neighborhood (hanya di PlayStation 4 dan Xbox One).

Atasi pencapaian legenda NBA dalam MyCAREER untuk mencipta dinasti tersendiri. “City” merupakan tempat permulaan; pergi ke taman untuk main streetball yang kompetitif dan bersaing di pelbagai tempat baharu; atau kuasai “Neighborhood” baharu sambil menyelesaikan misi, dapatkan ganjaran dan mengalahkan pesaing dalam pelbagai game mode.
Akhir sekali, bina pasukan MyTEAM terhebat, dan bertembung dengan pemain elit lain dalam acara mingguan King of the Court. Tunjukkan kepada mereka mengapa anda adalah yang terbaik, demi memenangi ganjaran eksklusif.
@gamersantaimy
Discussion about this post