Hari ini, Bandai Namco Entertainment Asia mengumumkan bahawa Naruto X Boruto Ultimate Ninja Storm Connections, game terbaharu dalam francais Ultimate Ninja Storm, akan menambah tiga watak baharu – Boruto Uzumaki (Karma), Jigen dan Kawaki! Ketiga-tiga watak itu adalah berdasarkan versi terkini dalam anime dan menumpukan kepada Karma – sumpahan yang dikenakan oleh ahli puak Otsutsuki.
Anda boleh tonton trailer gameplay rasmi dahulu:
Pada masa yang sama, Bandai Namco turut menunjukkan beberapa skil istimewa yang boleh dilakukan antara dua watak. Antaranya seperti;
Secret Combination Technique

- Boruto Uzumaki (Karma) x Kawaki
- Rasengan: Unison – Apabila tangan Kawaki menyentuh belakang Boruto, “Karma” mereka seolah-olah bertambah kuat. Menggabungkan kekuatan dua orang, Rasengan milik Boruto berlipat kali ganda lebih dahsyat dan pasti melakukan damage besar pada musuh.
- Naruto Uzumaki x Kawaki
- Rasengan: Ensemble – Naruto membaling musuh dalam mode Kurama, kemudian melakukan serangan cakar bersama Kawaki. Kemudian, serangan dari Rasengan dan Karma akan menyerang musuh secara serentak.
Bagi sesiapa yang tidak tahu, Naruto X Boruto Ultimate Ninja Storm Connections dicipta sempena ulang tahun anime francais yang ke-20 dan menawarkan senarai watak terbesar dalam mana-mana game NARUTO.
Selain total 124 watak daripada game sebelumnya dan penambahan Boruto Karma, Kawaki, dan Jigen, Ultimate Ninja Storm Connections juga akan menambah Otsutsuki Ashura dan Indra, Uzumaki Naruto (Baryon Mode) dan Uchiha Sasuke (Supporting Kage).

Sebagai game definitif untuk siri anime popular ini, kisah Naruto dan Sasuke akan diceritakan semula dalam bentuk Super-Anime. Banyak adegan penting akan disusun semula bermula dari zaman kanak-kanak Naruto hingga pertempuran terakhirnya dengan Sasuke. Lebih seronok lagi, Bandai Namco akan menambah jalan cerita baharu yang eksklusif untuk game ini berkisarkan Boruto dan Susanoo misteri.
Akhir sekali, game ini akan menampilkan grafik tajam sehingga 60 fps pada PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC.
Buat sesiapa yang berminat, Naruto X Boruto Ultimate Ninja Storm Connections akan dilancarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Nintendo Switch, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam pada tahun ini. Tarikh keluaran tepat tidak diumumkan. Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post