Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Naruto: Rahsia di sebalik ‘Shadow Jutsu’ milik puak Nara – Bagaimana mereka kawal bayang?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 17, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Naruto: Rahsia di sebalik ‘Shadow Jutsu’ milik puak Nara – Bagaimana mereka kawal bayang?
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam siri manga/anime Naruto, puak Nara merupakan antara puak paling berpengaruh di kampung Konoha, di mana kebanyakan ahli-ahlinya terkenal kerana mempunyai kebijaksanaan yang tinggi sebagai pakar taktik. Sebagai contoh, Nara Shikamaru, yang kini mempunyai jawatan penting sebagai pembantu Hokage. Selain daripada intelek mereka, puak Nara juga terkenal dengan kehebatan mereka dalam memanipulasi bayang-bayang dalam pertempuran atau untuk tujuan-tujuan lain. Di sini, saya ingin menjelaskan rahsia di sebalik ‘Shadow Jutsu’ milik puak Nara dan cara-cara ia berfungsi.

Jom kita mulakan!

Asal-usul

Shadow Possession Jutsu

Sebelum diberi nama Kagemane no Jutsu (Shadow Possession Jutsu), jurus ini dahulu dikenali sebagai “Konoha Hiden: Kageshibari no Jutsu” (Leaf Secret: Shadow Bind Technique), yang asalnya dicipta untuk menangkap rusa demi mendapatkan tanduknya dengan mengehadkan pergerakan sasaran. Aspek “mengawal” atau “possession” kemudian ditambah selepas Orochimaru berpaling tadah sebagai sekuriti tambahan.

Dianggap sebagai jutsu istimewa dan ritual kedewasaan dalam puak Nara, setiap ahli muda diajar tentang Kageshibari no Jutsu (Shadow Bind) dahulu, dan kemudian barulah Kagemane no Jutsu (Shadow Possession) . Walaupun saya kata ini jutsu istimewa puak Nara, ia bukanlah Kekkai Genkai yang bermaksud mana-mana ninja boleh menggunakan jutsu ini. Ini terbukti dalam siri Naruto: Clash of Ninja di mana Kakashi boleh melakukan teknik ini dengan menyalinnya memakai Sharingan.

Teknik-teknik asas mengawal bayang

Puak Nara menggunakan chakra ‘Yin Release’ untuk memanipulasi bayang-bayang musuh dan bayang mereka sendiri dalam pertempuran. Yang paling asas ialah Shadow Possession Jutsu. Dengan menghubungkan bayang mereka sendiri dengan satu atau lebih musuh, pengguna boleh melumpuhkan pihak lawan.

Anime Naruto GIFfrom Anime GIFs

Pengguna juga mesti mengekalkan jurus ini semasa menggunakannya, lantas mengehadkan pergerakan mereka pada masa yang sama. Walaupun saya kata begitu, pengguna yang berpengalaman boleh memaksa sasaran mereka untuk meniru pergerakan mereka, lalu membolehkan mereka menyerang musuh dengan jutsu lain secara tidak langsung.

Shadow Possession Jutsu juga mempunyai beberapa kelemahan termasuk:

  • Pengguna hanya boleh mengekalkan jutsu untuk masa yang singkat (kira-kira lima minit untuk Shikamaru) kerana mengekalkan musuh yang lumpuh akan makan jumlah chakra yang banyak.
    • Lebih banyak chakra akan habis apabila teknik ini digunakan pada lebih dari satu sasaran.
  • Jaraknya amat terhad dan musuh boleh mengelaknya.
  • Musuh yang kuat boleh menahan jurus ini hingga ke tahap tertentu, atau malah membebaskan diri.
  • Jutsu ini boleh diserap oleh Karma daripada puak Otsutsuki
  • Jutsu ini tidak boleh digunakan dalam kegelapan sepenuhnya kerana sasaran tidak mengeluarkan bayang-bayang.

Bagaimana ia digunakan secara ofensif dan defensif

Shadow Strangle Jutsu

Selain Shadow Possession Jutsu, ahli puak Nara yang lebih berpengalaman juga boleh menggunakan bayang-bayang mereka untuk menyerang musuh dalam pelbagai cara. Pertama yang diperkenalkan ialah Shadow Strangle Jutsu (Kage–Kubishibari no Jutsu). Seperti namanya, teknik ini membolehkan pengguna untuk mencekik musuh dengan bayang-bayang mereka. Ia lebih berkesan pada jarak dekat. Seperti Shadow Possession Jutsu, yang sering digunakan sekaligus, Shadow Strangle Jutsu memakan sejumlah chakra yang besar.

Shikamaru GIFfrom Shikamaru GIFs

Shikamaru juga telah menggunakan Shadow Stitching Jutsu (Kage Nui no Jutsu), yang menggerakkan bayang-bayang ala-ala sesungut tajam dan digunakan untuk mengikat dan menikam lawan. Jurus ini lebih berkesan pada jarak jauh. Sebaik sahaja bayang itu terkena musuh, Shadow Possession Jutsu boleh dihidupkan serta-merta.

Shadow Clutch Jutsu

Shadow Jutsu milik puak Nara juga boleh digunakan bersama rakan-rakan lain. Shadow Clutch Jutsu (Kagezukami no Jutsu) amat sama dengan Shadow Possession Jutsu kerana mengharuskan pengguna menggabungkan bayang mereka dengan bayang musuh untuk mengawal pergerakan mereka. Untuk Shadow Clutch Jutsu, ia digunakan untuk mengangkatnya dan melontar sasaran. Shikamaru pernah menggunakan teknik ini untuk mengawal Choji yang ketika itu dalam bentuk Human Boulder Jutsu (Nikudan Sensha) lalu membalingnya ke arah musuh secara lebih tepat.

Loose Shadow Possession Jutsu

Di samping itu, terdapat juga Loose Shadow Possession Jutsu (Kagemane Kage Shibari no Jutsu), di mana pengguna menggabungkan bayang-bayang dengan rakan sekutu. Tidak seperti jutsu lain, rakan sekutu boleh mengawal gerakan mereka sendiri. Jutsu ini sebenarnya digunakan sebagai sensor, yang membolehkan pengguna mengesan apabila rakan sekutu bersentuhan dengan musuh. Mereka kemudian boleh menggunakan bayang rakan sekutu untuk mengikat musuh.


 

Itu sahaja lah yang saya boleh terangkan tentang Shadow Jutsu dan bagaimana ia dikawal. Memang tidak boleh dinafikan, kegunaan Shadow Jutsu sangat serba boleh dan itulah yang membuatkan puak Nara sangat menonjol di kalangan penduduk kampung Konoha. Memandangkan Shikamaru dan anaknya Shikadai masih memainkan peranan penting dalam Boruto, kemungkinan besar kita akan melihat lebih banyak Shadow Jutsu hebat pada masa akan datang.

Untuk segala liputan kami tentang Naruto, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BorutoNaranarutoShadow Jutsu
Previous Post

[Review] Pertembungan hebat antara Virtua Fighter 5 dan Tekken 7, “Fan Service” khas untuk peminat!

Next Post

FIFA 22 & Far Cry 5 akan tersedia dalam PC Game Pass untuk Jun/Julai 2022

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
FIFA 22 & Far Cry 5 akan tersedia dalam PC Game Pass untuk Jun/Julai 2022

FIFA 22 & Far Cry 5 akan tersedia dalam PC Game Pass untuk Jun/Julai 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd