Hatake Kakashi pertama kali muncul dalam episod ke-3 siri Naruto, dan serta merta menjadi watak popular sehingga hari ini. Malah, orang yang tak suka manga atau anime pun mengenali Kakashi. Selain memiliki kepandaian yang tinggi dan kebolehan luar biasa – termasuk mata Sharingan – semua jatuh hati kepada penampilannya. Cuma satu soalan sahaja yang tinggal… mengapa Kakashi selalu pakai topeng muka?
Antara ciri paling unik tentang Kakashi ialah topeng mukanya. Tidak seperti setiap watak Naruto yang lain, muka Kakashi ditutup dari hidung ke dagu, yang jarang dia tanggalkan. Walaupun rapat dengan Naruto, Sasuke, dan Sakura, mereka bertiga tidak pernah melihat wajah Kakashi. Secara beransur-ansur, muka Kakashi menjadi salah satu misteri terbesar dalam siri Naruto.
Bila muka Kakashi didedahkan?

Misteri ini kemudian disiasat dalam dua episod filler dari Naruto/Naruto: Shippuden di mana trio tersebut cuba membongkarkan misteri di sebalik wajah Kakashi melalui cara-cara berbeza. Adakah Kakashi menghadapi kecacatan sehingga takut untuk tunjuk muka? SALAH! Berdasarkan episod 101, Kakashi nampaknya mempunyai muka yang sangat kacak sehingga membuatkan Ayame dari Ichiraku Ramen jatuh cinta. Kita akhirnya dapat melihat wajah sebenar Kakashi dalam episod 469 yang terbukti muka dia flawless.

Walaupun peminat secara rasmi dapat melihat Kakashi secara fizikal, tiada siapa tahu mengapa dia memakai topeng muka.
Tradisi puak?
Walaupun semasa zaman kanak-kanak, Kakashi sentiasa memakai penutup muka. Ada yang memberi teori bahawa memakai topeng muka adalah tradisi dalam klan atau kampung asal Kakashi, tetapi tiada siapa di Konoha yang mempunyai adat ini, termasuk bapanya, Hatake Sakumo. Teori itu tidak logik dan membuktikan bahawa memakai topeng muka adalah keputusan peribadi Kakashi.

Sebab hidung asyik berdarah?
Dalam siri spin-off parodi ‘Rock Lee & Ninja Pals’, penonton diberitahu bahawa Kakashi sentiasa memakai topeng muka untuk menyembunyikan hidungnya yang berdarah semasa membaca buku dewasa kegemaran. Walaupun ini adalah satu-satunya penjelasan dalam media rasmi, siri Rock Lee & Ninja Pals tidak canon dalam jalan cerita Naruto, jadi sebab ini pun tidak boleh dipakai.

Masashi Kishimoto ingin watak shinobi?
Namun begitu, penjelasan yang lebih sahih di sebalik penampilan Kakashi sebenarnya wujud. Dalam sebuah temu bual, pencipta Kishimoto Masashi menjelaskan bahawa dia pada mulanya ingin Kakashi memakai topeng muka kerana berasa ia konsisten dengan konsep ‘kerahsiaan dan misteri’ menjadi shinobi. Selanjutnya, Kishimoto berharap untuk memperkenalkan lebih banyak watak bertopeng. Malangnya, dia menghadapi masalah untuk menunjukkan emosi Kakashi, dan akhirnya memilih untuk membuang topeng bagi watak-watak utama.
Itulah antara teori-teori dan sebab mengapa Kakashi selalu memakai topeng muka dalam Naruto. Apa pendapat korang? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!
Untuk membaca segala liputan kami tentang Naruto termasuk fakta dan trivia lain, sila tekan pautan ini.
Sumber: Narutopedia
@gamersantaimy
Discussion about this post