Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Naruto: Mengapa Jiraiya tidak ingin menjadi Hokage?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 20, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Naruto: Mengapa Jiraiya tidak ingin menjadi Hokage?
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak boleh dinafikan, Jiraiya adalah salah satu shinobi paling kuat dan ikonik di siri Naruto bersama Orochimaru dan Tsunade, selaku salah satu “Legendary Sannin”. Namun, ini menimbulkan persoalan, mengapa Jiraiya tidak pernah jadi Hokage? Bagi mereka yang tidak tahu, dia sebenarnya pernah ditawarkan posisi Hokage beberapa kali tetapi dia sendiri yang menolak jawatan itu. Di sini, saya akan menjelaskan sebab-sebab di sebalik keputusannya.

Bila jawatan Hokage ditawarkan kepada Jiraiya?

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, terdapat tiga peristiwa di mana posisi Hokage ditawarkan, namun Jiraiya menolak jawatan itu.

  1. Kali pertama Jiraiya diminta menjadi Hokage adalah semasa Hokage ke-3 membuat keputusan untuk bersara. Hokage ke-3 sebenarnya lebih suka Orochimaru sebagai Hokage, tetapi Orochimaru pada masa itu menjadi jahat dan dianggap sebagai shinobi yang sangat berbahaya kepada Konoha. Oleh itu, Hokage ke-3 memilih Jiraiya sebagai pilihan kedua. Malangnya, Jiraiya menolak posisi itu dan mencalonkan anak muridnya, Namikaze Minato.
  2. Kali kedua ialah selepas Orochimaru menyerang Konoha dan membunuh Hokage ke-3. Di sini, Jiraiya sebenarnya telah dilantik oleh ketua kaunselor Konoha dan Fire Daimyo untuk menjadi Hokage ke-5. Namun, dia sekali menolak posisi itu dan mencalonkan Tsunade.
  3. Tsunade terlantar sakit untuk masa yang lama akibat keletihan ketika dia cuba menyembuhkan semua orang yang cedera di Konoha semasa serangan Pain. Disebabkan keadaan Tsunade nampak parah, perbincangan untuk Hokage baru telah timbul. Walaupun Jiraiya telah meninggal dunia pada masa itu, tetapi namanya masih disebut sebagai calon yang hebat untuk Hokage. Disebabkan dia tidak lagi ada di dunia ini, tugas itu jatuh kepada Danzo.

Beban Jiraiya terlalu berat

Salah satu sebab utama mengapa Jiraiya menolak jawatan Hokage adalah kerana dia rasa dirinya bersalah bagi pelbagai insiden teruk, terutamanya bagi insiden Orochimaru dan Nagato (Pain). Bagaimana dia hendak menjadi seorang Hokage, seorang individu yang sepatutnya membimbing dan melindungi seluruh kampung, sedangkan dia tidak dapat membantu atau melindungi sahabat, guru dan anak muridnya sendiri.

Orang lain mungkin melihat Jiraiya sebagai shinobi legenda dengan banyak pencapaian hebat tetapi Jiraiya sendiri menganggap hidupnya penuh dengan kegagalan. Dia gagal mencuri hati Tsunade (walaupun Tsunade sanggup memberi peluang andai kata dia hidup melawan Pain), gagal menghalang Orochimaru daripada menjadi jahat (kini sudah baik), gagal menyelamatkan Hokage ke-3, dan juga gagal membimbing anak muridnya, Nagato.

Seperti yang korang semua tahu, seorang Hokage bertanggungjawab untuk semua penduduk Konoha tetapi perasaan dan beban emosi di atas menghalang dia daripada mengambil jawatan kerana dia rasa dirinya belum bersedia dan tidak layak.

Dari segi kekuatan dan abiliti, Jiraiya sebenarnya terlebih layak untuk menjadi Hokage. Tetapi selepas mengalami begitu banyak peristiwa menyakitkan sepanjang hidupnya, seorang Hokage bukan sahaja perlu hebat dari segi kekuatan, malah dia juga perlu kuat dari segi mental dan tanggungjawab.

Bak kata Jiraiya – “untuk menjadi bahagia bukanlah takdirnya.” Namun, walaupun sudah mati, sekurang-kurangnya dia terkenal kerana membentuk banyak calon Hokage bagus seperti Minato dan Naruto.

Kubur Jiraiya

Apa pendapat anda? Jom kongsi bersama saya di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang Naruto termasuk fakta dan trivia, sila tekan pautan ini.

Sumber: Narutopedia

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeFaktaJiraiyamanganaruto
Previous Post

Game baharu Star Wars akan diketuai oleh pengarah Uncharted

Next Post

[Review] In Nightmare – Pengembaraan dalam mimpi ngeri

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[Review] In Nightmare – Pengembaraan dalam mimpi ngeri

[Review] In Nightmare - Pengembaraan dalam mimpi ngeri

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd