Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Naruto: Kenali Puak Otsutsuki, makhluk asing atau dewa?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 14, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Naruto: Kenali Puak Otsutsuki, makhluk asing atau dewa?
Share on FacebookShare on Twitter

Di penghujung Naruto Shippuden, Masashi Kishimoto selaku pencipta telah membawa konsep antagonis ke tahap lebih tinggi dengan memperkenalkan puak asing dengan abiliti tahap dewa bergelar puak Otsutsuki. Kini masuk ke generasi Boruto, puak itu telah menetapkan identiti mereka sebagai antagonis paling kuat dalam sejarah francais.

Lebih daripada 10 ahli kepada puak itu sudah didedahkan, tetapi nampaknya lebih ramai dijangka akan diperkenalkan nanti. Tetapi apakah identiti sebenar mereka dan apa yang mereka ingin buat di bumi? Selepas membuat sedikit kajian, inilah info padat saya untuk mengenalkan kamu kepada puak Otsutsuki.

Misi mereka?

Otsutsuki yang mencapai tahap ‘dewa’

Puak Otsutsuki ialah puak purba yang terdiri daripada makhluk angkasa bertanduk. Sering digambarkan sebagai makhluk asing, mereka sebenarnya adalah spesies parasit yang menghabiskan beribu-ribu tahun meneroka kosmos mengikut “Otsutsuki no Ishi”, sebuah perintah yang mengharuskan ahli klan untuk “menyerap tenaga hidup dan bahan genetik di dunia lain” untuk terus berkembang dengan matlamat mencapai tahap “dewa”.

God Tree

Untuk menyerap tenaga daripada planet lain, mereka harus menanam benih Ten-Tails ke dalam planet. Setelah ditanam, ia akan tumbuh menjadi God Tree di mana akarnya merebak ke seluruh planet untuk menyedut chakra dan bahan genetik daripada persekitaran dan penghuninya. Perkara ini akan mengakibatkan segala-galanya di planet itu mati lalu menghasilkan buah besar untuk dimakan oleh ahli puak tersebut agar mereka berkembang, mendapat kuasa baru dan umur panjang.

Ten-Tails

Setelah itu selesai; mereka tidak lagi memerlukan planet ini, lalu berpindah ke planet lain untuk mengulangi proses yang sama. Supaya benih Ten-Tails dapat berkembang menjadi God Tree, seorang Otsutsuki harus dikorbankan kepada pokok itu. Disebabkan itu, puak mereka bergerak secara berpasangan untuk menawan planet, di mana individu yang pangkatnya lebih rendah akan menjadi korban, manakala satu lagi akan mengawasi Ten-Tails sehingga ia mekar.

Walau bagaimanapun, Ōtsutsuki yang akan dikorbankan boleh menggunakan abiliti Karma untuk menyediakan badan fizikal terlebih dahulu supaya roh mereka dapat hidup semula dalam jasad itu.

Sejarah puak Otsutsuki di bumi

Kaguya memakan buah God Tree

Milenium yang lalu, Kaguya dan Isshiki dipilih untuk menanam God Tree di planet Bumi di mana Kaguya harus berkhidmat sebagai korban kepada Ten Tails. Sebaliknya, Kaguya mengkhianati Isshiki lalu hampir membunuhnya. Dalam keadaan terdesak, Isshiki menggunakan kuasa Sukunahikona untuk mengurangkan saiz badan lalu menyusup masuk ke dalam tubuh sami bernama Jigen, lalu mengambil alih badannya sebagai parasit.

Hagoromo dan Hamura berlawan ibu mereka, Kaguya

Lama kelamaan, Kaguya melahirkan anak kembar: Hagoromo dan Hamura, kedua-duanya dilahirkan dengan kuasa hebat sendiri. Setelah membuat rancangan untuk menyerap chakra mereka, Kaguya bergabung dengan God Tree dan menjadi Ten Tails. Raksasa itu kemudian membuat huru-hara di Bumi sehingga Hagoromo dan Hamura berjaya menguncinya dengan Six Paths — Chibaku Tensei.

Hagoromo dan pengikutnya kekal di Bumi, manakala Hamura membawa puaknya ke bulan. Di Bumi, keturunan Hagoromo kemudian melahirkan puak Senju, Uzumaki, Uchiha, Hyuga dan lain-lain hingga mereka membentukkan ninjutsu sendiri seperti yang kita tahu sekarang.

Jadi siapakah ahli penting?

Sebenarnya sudah ada banyak ahli puak tetapi di bawah, saya hanya akan menyenaraikan watak-watak penting yang muncul di dalam manga dan anime.

  • Otsutsuki Asura
  • Otsutsuki Hagoromo
  • Otsutsuki Hamura
  • Otsutsuki Indra
  • Otsutsuki Isshiki
  • Otsutsuki Kaguya
  • Otsutsuki Kinshiki
  • Otsutsuki Momoshiki
  • Otsutsuki Shibai (manga sahaja)
  • Otsutsuki Toneri
  • Otsutsuki Urashiki (anime sahaja)

Abiliti dan kemahiran istimewa

Otsutsuki menjadi lebih kuat dengan memperoleh tenaga dan maklumat genetik daripada God Tree, lantas memberikan kuasa dan umur yang panjang (hampir abadi) seperti dewa.

Dalam siri, Momoshiki menjelaskan bahawa kehebatan terbesar puaknya ialah mereka mampu menggunakan chakra (ninjutsu); satu pencapaian yang kemudian diturunkan kepada manusia melalui ajaran Hagoromo. Selain itu, hampir semua ahli boleh merentasi pelbagai dimensi dengan bebas, menggunakan teknik Yomotsu Hirasaka dan Amenominaka.

Seterusnya, puak Otsutsuki juga amat kebal. Semasa Perang Dunia Shinobi Keempat, Kaguya diserang oleh semua shinobi tetapi tiada kecederaan menimpa badannya. Hanya dengan menggunakan chakra Rikudo (Six Path), barulah dia akhirnya dikalahkan. Mereka turut boleh hidup tanpa jasad mereka buat masa seketika. Sebagai contoh, roh Momoshiki berjaya menduduki Boruto walaupun tubuhnya dimusnahkan.

Majoriti ahli menunjukkan kecekapan yang hebat dalam taijutsu terutamanya Momoshiki dan Isshiki. Mereka cukup pantas dan kuat dan tiada masalah menghadapi kedua-dua Naruto dan Sasuke sekaligus yang pada ketika itu menggunakan skil dan transformasi terhandal masing-masing.

Akhir sekali, semua Otsutsuki memiliki sekurang-kurangnya satu abiliti turun menurun di mana yang paling lazim adalah Byakugan dan Tenseigan. Jika ingin cakap lebih khusus, Kaguya handa menggunakan Tomogoroshi no Haikotsu (boleh mengawal tulang di dalam badannya); kedua-dua Urashiki dan Momoshiki mempunyai Rinnegan; manakala Asura mahir dalam semua elemen Ninjutsu terutamanya Mokuton (Wood) dan Futon (Wind).

Ini hanyalah senarai pendek sahaja kerana setiap seorang mempunyai abiliti istimewa dan kelebihan masing-masing. Tetapi jika nak dibincangkan dalam artikel ini, mungkin penulisan akan jadi terlalu panjang. Jadi nantikan artikel saya yang seterusnya tentang puak Otsutsuki!


Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Naruto, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BorutonarutoOtsutsuki
Previous Post

Giveaway Shazam! Fury of the Gods — Komen Untuk Peluang Menangi Set Barangan Premium!

Next Post

System Shock Versi PC Ditunda Sehingga Mei 2023, Boleh Pre-order Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
System Shock Versi PC Ditunda Sehingga Mei 2023, Boleh Pre-order Sekarang!

System Shock Versi PC Ditunda Sehingga Mei 2023, Boleh Pre-order Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd