Buat semua peminat Naruto, korang pasti tahu bahawa puak Senju adalah pengasas kampung Konoha dan merupakan salah satu puak terkuat di dunia shinobi. Bukan setakat itu sahaja, puak ini juga melahirkan dua ninja paling penting dalam sejarah iaitu Senju Hashirama (Hokage pertama) dan Senju Tobirama (Hokage kedua). Walaupun patut menjadi salah satu kuasa terhebat di kampung Konoha hingga ke zaman moden, mengapa kita tidak dapat melihat kelibat puak Senju? Di sini, saya akan menjelaskan beberapa fakta pelik tentang puak Senju dari kisah Naruto!
Senju Hashirama satu-satunya pengguna Elemen Kayu (Mokuten)

Seperti yang korang semua tahu, Senju Hashirama adalah antara ninja paling terkuat semasa era “Warring States”, tetapi hanya dia sahaja yang dapat menggunakan Kekkei Genkai berelemen kayu.
Tiada siapa dalam puak Senju yang memiliki Kekkei Genkai tersebut, jadi ini tidak masuk akal. Cucu Hashirama iaitu Tsunade pun tidak boleh menggunakan jurus ini. Ini tidak munasabah kerana biasanya Kekkei Genkai adalah jurus yang diturunkan dari generasi ke generasi.
Selepas Hashirama, tiada sesiapa yang memimpin puak Senju

Hashirama Senju menjadi ketua untuk puak Senju pada usia yang muda. Selepas menyertai beratus-ratus pertarungan, dia diakui dan dikenali di seluruh dunia shinobi sebagai individu yang hebat dan terus dilantik menjadi ketua untuk puak Senju. Ini merupakan langkah penting ke arah penubuhan kampung Konoha dan juga dunia shinobi yang “lebih aman.”
Peliknya, tiada siapa yang menggantikan Hashirama Senju sebagai ketua selepas dia meninggal dunia. Walaupun gelaran itu sepatutnya diberikan kepada adiknya Tobirama, tiada rekod rasmi yang dapat mengesahkan teori ini. Buat masa ini, hanya Hashirama sahaja merupakan ketua rasmi.
Tsunade ialah keturunan terakhir puak Senju
Memandangkan Tsunade masih “single”, dia adalah individu terakhir yang membawa nama Senju. Semasa Konohagakure ditubuhkan, separuh penduduk terdiri daripada puak Senju manakala separuh lagi berasal daripada puak Uchiha.
Hashirama mempunyai anak tetapi identitinya tidak pernah didedahkan dalam kisah Naruto. Memandangkan puak Senju merupakan antara pengasas kampung Konoha, sepatutnya kita dapat melihat lebih ramai ahli puak berbanding keadaan hampir pupus.
Ahli daripada puak Senju tiba-tiba lenyap

Seperti saya kata tadi di atas, puak Senju mempunyai ramai ahli semasa Konohagakure ditubuhkan. Secara beransur-ansur, ahli daripada puak ini tiba-tiba “lenyap”. Kisah Naruto pernah menyebut nama beberapa ahli seperti Senju Butsuma tetapi tidak diketahui jika ada pewaris. Kisah Naruto pun tidak menjelaskan mengapa ahli puak Senju semakin berkurangan atau bagaimana mereka tiba-tiba menghilangkan diri.
Puak Uchiha pula semakin bertambah sehinggalah peristiwa Uchiha Itachi Uchiha membunuh semua orang kecuali adiknya Sasuke.
Sepatutnya mempunyai reputasi yang sama hebat seperti puak Uchiha

Semasa era “Warring States”, puak Senju terkenal kerana berjaya mengalahkan banyak musuh hebat. Bersama dengan Uchiha, mereka adalah dua puak terkuat yang mendominasikan dunia shinobi pada masa itu. Namun, hanya puak Uchiha sahaja yang mengekalkan reputasi mereka manakala puak Senju semakin lama ditinggalkan dan hanya boleh ditemui di buku bersejarah.
Walaupun puak Senju sahaja yang dapat bersaing sengit bersama puak Uchiha pada zaman dahulu, generasi ninja moden hanya tahu tentang puak Uchiha. Ditambah lagi dengan situasi puak yang hampir pupus, nampak generasi Boruto mungkin akan tamat dengan Tsunade sebagai keturunan Senju terakhir.

Itu sahaja fakta yang saya ingin berkongsi dengan korang semua tentang puak Senju daripada siri manga/anime Naruto. Apa pendapat korang? Apa sebenarnya yang terjadi kepada puak ini? Jangan segan silu untuk berkongsi pendapat bersama saya di ruang komen!
Sumber – Narutopedia
@gamersantaimy
Discussion about this post