Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Naruto di ambang ‘mental breakdown’ selepas kematian watak penting *SPOILER*

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 21, 2022 - Updated on February 28, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Naruto di ambang ‘mental breakdown’ selepas kematian watak penting *SPOILER*
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam bab sebelum, kita menyaksikan kematian seorang watak penting. Kisahnya begini; untuk memastikan Naruto tidak dibunuh oleh Momoshiki, Kawaki terpaksa membunuh Boruto (yang dirasuk oleh Momoshiki pada ketika itu). Walaupun Naruto cuba menghentikan serangan Kawaki, dia terlambat dan terpaksa melihat Boruto mati di depan mata. Dalam bab terbaru pula, mungkin ramai yang sebak kerana melihat Naruto yang hampir di ambang ‘mental breakdown’ ketika meratapi badan anaknya yang tidak bernyawa.

Bab 67 menyambung kisah Naruto di mana dia cepat-cepat berlari ke Boruto. Tahu bahawa kecederaan Boruto sangat parah, Naruto terus memeluk erat tubuh anaknya sambil memanggil namanya berulang-ulang kali. Malangnya, tiada respon dan Pada saat itu, semangat Naruto untuk berlawan sudah hilang dan otaknya hanya penuh dengan kesedihan. Malah kawan karibnya sejak kecil, Shikamaru pun tidak boleh buat apa untuk menenangkan hati rakannya yang sedang berduka.

“Shikamaru, adakah saya bermimpi? Ini tidak benar-benar berlaku, kan? Beritahu saya ini semua satu pembohongan!”

kata Naruto kepada Shikamaru.

Tetapi seperti mana-mana kisah shonen, kematian Boruto hanya sememtara kerana dia dihidupkan semula selepas mendapat bantuan daripada Momoshiki. Momoshiki tidak sanggup kehilangan seorang lagi hos dan terpaksa mengagihkan sebahagian daripada data/tubuhnya untuk merawat Boruto lantas menjadikan Boruto sebagai korban Otsutsuki yang tulen dan lengkap.

Seperti yang anda semua tahu, Naruto telah mengalami pelbagai peristiwa sedih dalam hidupnya, dan terpaksa berpisah dengan ramai orang tersayang sebelum ini, dari Jiraiya dan Neji hingga ke paling baru iaitu Kurama. Sudah tentu, setiap satu memberi impak yang besar kepada Naruto tetapi tiada yang setanding seperti melihat anak sendiri meninggal dunia. Sebab itu sudah cukup untuk memusnahkan semangat mana-mana individu dan Naruto pun tidak terkecuali.

Nasib baik Naruto tidak betul-betul ‘mental breakdown’. Apa pendapat anda tentang bab terbaru Boruto? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Untuk segala liputan kami tentang Boruto, sila tekan pautan ini.

Sumber – Shueisha

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Borutomanganaruto
Previous Post

Capcom rasmi mengumumkan Street Fighter 6

Next Post

Nintendo secara rasmi menyokong Malaysia dengan laman web baru & kedai online

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Nintendo secara rasmi menyokong Malaysia dengan laman web baru & kedai online

Nintendo secara rasmi menyokong Malaysia dengan laman web baru & kedai online

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd