Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Naruto: Bagaimana Rasengan dicipta? Asal usul jurus paling ikonik dalam anime!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 8, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Naruto: Bagaimana Rasengan dicipta? Asal usul jurus paling ikonik dalam anime!
Share on FacebookShare on Twitter

Rasengan boleh diakui sebagai salah satu skil atau jurus paling ikonik dalam sejarah anime. Walaupun korang bukan peminat Naruto, saya yakin anda pernah mendengar tentang Rasengan. Secara am, Rasengan ialah bola chakra yang berputar – dicipta oleh Namikaze Minato atau lebih dikenali sebagai Hokage ke-4.

Kredit: Shueisha

Mungkin ramai yang tahu Minato sebagai pencipta Rasengan, tetapi kita tidak tahu apa yang mengilhamkan dia untuk mencipta Rasengan dan bagaimana dia menguasainya… sehingga sekarang. Pencipta, Kishimoto Masashi akhirnya memberikan jawapan dalam manga one-shot terbaru, yang menceritakan riwayat muda Namikaze Minato bersama kekasihnya, Uzumaki Kushina.

Bagaimana tercetusnya idea Rasengan?

Kredit: Shueisha

Minato mendapat idea untuk teknik ini selepas melihat Bijudama (Tailed Beast Ball) digunakan. Disebabkan kekasihnya Uzumaki Kushina adalah jinchuriki (hos kepada Bijuu [Tailed Beast]), dia sering dihantar ke misi untuk melawan jinchuriki lain.

Oleh itu, Minato ingin mencipta jurus yang Kushina boleh gunakan untuk menentang mereka, dan juga memanfaatkan jumlah chakranya yang banyak sebagai jinchuriki. Minato asalnya bergelut dengan konsep teknik itu, kerana ideanya terlalu lemah atau terlalu tidak stabil untuk digunakan.

Kredit: Shueisha

Selepas berbual dengan Jiraiya, Minato memikirkan cara untuk menjadikan teknik itu boleh digunakan. Diinspirasikan oleh gurunya, Minato ingin menggelar teknik tersebut sebagai “Halo Frozen Dessert Hair Whorl Jiraiya Twin Formula Sphere” (Korin reika hokki tsumuji Jiraiya soshiki no maru) tetapi Jiraiya dan Kushina merasakan nama itu terlalu panjang dan bodoh.

Sebaliknya, Kushina mencadangkan nama “Rasengan”, di mana Minato bersetuju adalah nama yang lebih baik. Selepas kejadian itu, Minato akan terus mengasah jurus Rasengan, dan akhirnya ia mengambil masa tiga tahun untuk dia menyempurnakan teknik itu.

Kredit: Shueisha

Walaupun dianggap lengkap ketika itu, hakikatnya Rasengan belum disempurnakan dan akhirnya anaknya Uzumaki Naruto yang menguasai jurus itu sepenuhnya.

Rasengan antara jutsu paling susah dalam anime

Kredit: TOEI Animation

Untuk melakukan Rasengan, seorang shinobi perlu mengumpulkan chakra di tapak tangan dan memutarkan chakra itu dengan dengan pantas dalam pelbagai arah sehingga ia terbentuk menjadi sfera.

Rasengan tidak memerlukan “hand seal” dan tidak memerlukan chakra tambahan untuk sebaik sahaja ia dibentuk, lantas membuatkan jurus ini mudah dipelajari secara teori. Hakikatnya, Rasengan memerlukan kawalan chakra yang tinggi yang melibatkan mengawal bentuk, pergerakan dan potensi chakra.

Kredit: TOEI Animation

Secara tidak langsung, ini menjadikannya Rasengan antara jurus paling sukar untuk dipelajari. Rasengan yang sempurna akan memusnahkan apa sahaja yang ia sentuh, dan akan melakukan kerosakan berterusan sehingga chakra itu hilang.

Potensi Rasengan juga sangat besar dan boleh berkembang menjadi jurus yang lagi kuat jika penggunanya handal dan kreatif. Sebagai contoh, Naruto boleh mencipta versi Rasengan yang lebih besar, Boruto boleh memampatkan Rasengan sehingga ia seolah-olah hilang (meningkatkan daya tembus), ramai yang menggabungkannya dengan elemen lain seperti Rasengan elemen kilat atau Rasengan elemen angin.

Kredit: TOEI Animation

Jadi apa pendapat anda tentang Rasengan? Adakah ia boleh dianggap sebagai salah satu jurus paling kuat dalam anime? Jom kongsi pendapat di ruang komen! Untuk baca segala liputan kami tentang francais Naruto, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animemangaMinatonarutoRasengan
ShareTweetSend
Previous Post

Jujutsu Kaisen: Bagaimana Megumi Berada di Bawah Jagaan Gojo & Bukan Keluarga Zenin?

Next Post

Mana lagi kuat: Luffy Gear 5 atau Goku Ultra Instinct?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Mana lagi kuat: Luffy Gear 5 atau Goku Ultra Instinct?

Mana lagi kuat: Luffy Gear 5 atau Goku Ultra Instinct?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd