Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Naruto akan dapat adaptasi live-action! – Fakta atau khabar angin?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 7, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Movie/siri
0 0
0
Naruto akan dapat adaptasi live-action! – Fakta atau khabar angin?

Kredit: Muzikal Live Spectacle Naruto

Share on FacebookShare on Twitter

Sejak kebelakangan ini, macam-macam jenis anime live-action sudah dikeluarkan dan antara contoh-contoh besar untuk 2023 termasuk Netflix One Piece, Saint Seiya, Kingdom dan macam-macam lagi. Disebabkan semua orang sibuk mengadaptasikan anime terkenal ke versi live-action, mungkin ada yang tertanya tentang Naruto – salah satu “kuasa besar” dalam dunia anime dan manga. “Bila Naruto akan menerima adaptasi live-action sendiri? Adakah Naruto live-action sedang dibuat?”

Kredit: Live Spectacle Naruto

Jawapan rasmi adalah Ya – Naruto live-action sebenarnya sedang dalam pembikinan dan bukanlah khabar angin semata-mata. Berikut adalah kisah sebenar:

Michael Gracey & logo Lionsgate

Projek ini sebenarnya dibangunkan selama bertahun-tahun di mana Lionsgate memperoleh hak kepada francais itu sejak tahun 2015. Pada mulanya, Michael Gracey (pengarah The Greatest Showman) telah dipanggil untuk menerajui projek itu tetapi menjelang 2017, skrip itu kemudian diserahkan kepada Jon dan Erich Hoeber supaya ditulis semula.

Dalam temu bual bersama Collider pada 2018, pengarah Michael Gracey menceritakan tentang cabaran-cabaran untuk menghidupkan Naruto di layar perak. Di sini, Gracey memberitahu bahawa skrip itu masih dalam proses dan mereka tidak boleh terlalu tergesa-gesa. Katanya; “Kami komited untuk menghasilkan skrip yang bukan sahaja mengujakan kami tetapi juga menghormati legasi francais itu”.

Pada masa yang sama, Gracey turut meluahkan keinginan untuk bekerjasama dengan Masashi Kishimoto (pencipta francais Naruto. Menurutnya; “Matlamat saya adalah untuk bekerjasama rapat dengan Kishimoto bagi membangunkan skrip yang dia teruja untuk menghidupkannya. Lagipun, siapa yang lebih memahami dunia Naruto kalau bukan penciptanya?”

Tasha Huo

Beberapa tahun berlalu dan akhirnya kami dapat kemas kini pada Jun 2023. Ramai sangka projek ini telah dibuang tetapi nampaknya Lionsgate tidak putus asa. Tasha Huo, yang terkenal sebagai penulis “The Witcher: Blood Origin,” telah menulis draf baharu bagi lakon layar. Setakat ini, itu sahaja info yang kami dapat tahu.

Buat masa ini, banyak lagi maklumat dirahsiakan. Kita tidak tahu tentang skrip, kita tidak tahu siapa yang akan bekerja di sebalik tabir, kita tidak tahu siapa yang akan menjadi pelakon. Satu-satunya perkara yang mungkin terjadi adalah Kishimoto akan dipanggil sebagai salah satu produser.

Lionsgate sangat berhati-hati, dan saya pun faham mengapa memandangkan reputasi Naruto sangat besar – lagi-lagi kerana ia dikenali di seluruh dunia. Disebabkan itu, kita masih perlu menunggu untuk dapat tahu berita lanjut.

Kredit: Live Spectacle Naruto

Apa pendapat korang tentang Naruto live-action? Adakah ia akan popular seperti One Piece? Siapa yang sesuai memegang peranan watak utama? Jom bincangkan di ruang komen! Untuk membaca segala liputan kami tentang Naruto, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animelive-actionnaruto
ShareTweetSend
Previous Post

Tiket gamescom asia 2023 kini dijual! Bakal berlangsung 20-22 October di Suntec Singapura!

Next Post

Jujutsu Kaisen: Villain Terkuat Dalam Siri Anime Setakat Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Jujutsu Kaisen: Villain Terkuat Dalam Siri Anime Setakat Ini!

Jujutsu Kaisen: Villain Terkuat Dalam Siri Anime Setakat Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd