Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Napoleon Review — Ringkasan Hidup Napoleon yang Kucar-kacir

Maira by Maira
November 28, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Movie/siri, Review
0 0
0
Napoleon Review — Ringkasan Hidup Napoleon yang Kucar-kacir

© 2023 Sony Pictures Digital Productions Inc.

Share on FacebookShare on Twitter

    Napoleon merupakan sebuah filem yang agak ganjil bagi kami. Kita tahu ia merupakan sebuah filem yang menceritakan sejarah pemimpin Perancis Napoleon Bonaparte, melihat bagaimana dia naikkan kuasanya dan hubungannya bersama isteri pertamanya Empress Joséphine. Walaupun begitu, cerita itu sendiri seperti kucar kacir.

    Kami fikirkan boleh mengenali lebih lanjut mengenai salah seorang tokoh penting dalam sejarah atau pengaruhnya, malangnya bukan itu yang berlaku. Untuk 2 jam 38 minit, kami menonton kebangkitan dan kejatuhan maharaja dan kehidupan cintanya dengan isterinya Josephine dan surat cintanya kepadanya. Di samping itu, ada beberapa pertempuran terbesar yang dimenanginya dan juga pertempuran yang membawa kepada kematiannya, iaitu Siege of Toulon (1793), 13 Vendémiaire, Battle of the Pyramid, Battle of Austerlitz dan Battle of Waterloo.

    © 2023 Sony Pictures Digital Productions Inc.

    Plot dan Visual

    Filem ini bermula dengan menarik, di mana kita melihat zaman Reign of Terror dengan beberapa siri hukuman mati terhadap mereka yang disyaki menjadi musuh Revolusi, iaitu Marie Antoinette. Semasa dia naik daripada jeneral kepada maharaja, kita melihat kisah cintanya, atau lebih tepatnya obsesinya terhadap Josephine kerana dia seolah-olah dia mahu “memiliki” wanita tersebut dan bukannya hubungan intim yang tulen. Cara kisah itu dipersembahkan dalam filem adalah lebih kurang sama dengan falsafah perangnya, kepantasan manuver dan pencarian pertempuran.

    © 2023 Sony Pictures Digital Productions Inc.

    Sebaliknya, perasaan Josephine terhadap Napoleon lebih cenderung kepada kelangsungan hidupnya sendiri. Kali pertama dia diperkenalkan, kita lihat dia dikurung sebagai tahanan politik dan sebab dia tidak dihukum bunuh seperti suami pertamanya adalah kerana dia hamil untuk terus hidup. Apabila statusnya meningkat, dia dapat menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran sosial daripada segi parti, pakaian mewah dan perhatian.

    © 2023 Sony Pictures Digital Productions Inc.

    Di sinilah filem Napoleon agak kucar kacir daripada segi penyampaiannya. Sepanjang filem tersebut, ia akan bertukar-tukar antara babak pertempuran epik Napoleon dan perkahwinannya yang dingin. Kami mendapati gambaran rumah tangganya itu semakin kurang menarik dari semasa ke semasa dan berharap ia lebih tumpu kepada pertempuran dan strateginya untuk kemenangan Perancis. Malangnya, apa yang anda dapat sepanjang filem itu ialah 40% Napoleon cuba untuk mendapatkan pewaris takhta, 40% Napoleon pergi berperang dan 20% lagi Napoleon bermonolog sambil menulis surat cintanya.

    © 2023 Sony Pictures Digital Productions Inc.

    Antara sebab mengapa kami memilih untuk filem ini lebih fokus pertempuran adalah visual serta persembahannya. Cara Ridley Scott membawa Napoleon sangat baik daripada segi visual sinematiknya dan juga aksi brutal semasa babak tersebut. Ia juga merupakan aspek terbaik filem tersebut lebih-lebih lagi semasa Battle of Austerlitz, yang membawa penonton ke kawasan berais, melihat keganasa yang dahsyat disebabkan artileri Perancis.

    Akhirnya, filem itu berakhir dengan Duke of Wellington memimpin kemenangan ke atas pasukan Napoleon dan Napoleon disingkir ke Saint Helena oleh British, di mana dia kemudian meninggal dunia bertahun-tahun selepas tinggal di sana.

    © 2023 Sony Pictures Digital Productions Inc.

    Kesimpulan

    Secara keseluruhannya, sukar untuk mengesyorkan filem ini jika anda ingin menyelami Napoleon secara mendalam sebagai tokoh tetapi jika anda berminat untuk menonton filem perang dan tidak kisah tentang ketidaktepatan sejarahnya, anda bolehlah tempah tiket sekarang.

    Untuk membaca review lain daripada kami, boleh klik pautan ini.

    Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
    @gamersantaimy

    The Review

    Napoleon [Filem]

    6 Score

    PROS

    • Babak aksi yang baik daripada segi persembahan visual
    • Beberapa detik komedi yang tidak disengajakan

    CONS

    • Kurang fokus pada pertempuran Napoleon
    • Terlalu menekankan kisah cinta Napoleon
    • Tidak menyelami Napoleon sebagai tokoh

    Review Breakdown

    • Penilaian akhir 0
    Tags: Napoleon
    ShareTweetSend
    Previous Post

    Beli Football Manager 2024 Untuk Peluang Memenangi Jersi Tandatangan Kevin De Bruyne!

    Next Post

    Hebat Tapi Kurang Dikenali, Ramai Gelar ‘Blue Eye Samurai’ Sebagai Anime Terbaik 2023

    Maira

    Maira

    Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

    Related Posts

    RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
    Berita

    RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

    June 7, 2025
    Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
    Berita

    Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

    June 7, 2025
    Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
    Berita

    Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

    June 7, 2025
    Next Post
    Hebat Tapi Kurang Dikenali, Ramai Gelar ‘Blue Eye Samurai’ Sebagai Anime Terbaik 2023

    Hebat Tapi Kurang Dikenali, Ramai Gelar 'Blue Eye Samurai' Sebagai Anime Terbaik 2023

    Discussion about this post

    Discord Kami

    Sertai Discord kami

    Facebook Kami

    YouTube Kami

    Twitter/X Kami

    Follow @GamerSantaiMY

    Tweet to @GamerSantaiMY

    Anime

    Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
    Berita

    Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

    June 5, 2025
    Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
    Animasi

    Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

    June 4, 2025
    Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
    Berita

    Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

    June 3, 2025
    Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
    Filem

    Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

    June 2, 2025
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Privacy & Policy

    © 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

    Welcome Back!

    Login to your account below

    Forgotten Password?

    Retrieve your password

    Please enter your username or email address to reset your password.

    Log In
    No Result
    View All Result
    • Berita
    • Temuramah
    • Review
    • Sister Sites
      • Wanuxi
      • Gamer Braves
      • GamerWK
      • Gamer555

    © 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd