Apabila kita fikir semua telah berakhir dengan rasmi, rupanya ada banyak lagi yang bakal keluar daripada siri Nanatsu no Taizai karya Nakaba Suzuki. Babak terakhir untuk manga Nanatsu no Taizai akan berakhir pada minggu ini dengan penamat pada isu 346, tetapi Kodansha tidak melengah-lengahkan masa untuk mengumumkan rancangan mereka bagi siri sekuel bertajuk Mokushiroku no Yon-kishi (The Four Knights of the Apocalypse) yang mengikuti watak bernama Tristan.
Untuk menambah lagi semangat, Kodansha berkongsi pengumuman sekuel ini bersama ilustrasi bab terakhir Nanatsu no Taizai. Mengenai sekuel ini pula, ia mengisahkan seorang watak bernama Tristan yang bertindak sebagai salah satu “kesatria Apocalypse”. Pendedahan ini berlaku selepas Nakaba Suzuki mengumumkan bahawa kisah-kisah baru akan keluar dengan penamat jalan cerita utama Nanatsu no Taizai, dan nampaknya Tristan adalah watak yang pertama. Jika benar, sekuel ini kemungkinan besar akan menjadi “one-shot“. Bagi mereka yang belum tahu pula, Tristan sebenarnya adalah anak kepada Meliodas dan Elizabeth.
Itu bukan satu-satunya berita Nanatsu no Taizai! Terdapat juga anime baru dalam pembikinan iaitu, The Seven Deadly Sins: Anger’s Judgment. Anime ini akan ditayangkan di Jepun pada bulan Oktober ini dengan semua pelakon utama kembali memainkan peranan mereka. Pada masa ini, tidak ada maklumat tentang siapa yang akan menghasilkan anime atau berapa lamakah siri itu akan berlangsung. Sehingga itu, jom kita layan game mobile The Seven Deadly Sins: Grand Cross.
@gamersantaimy
Discussion about this post