Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nami Sano, pencipta Sakamoto desu ga? meninggal dunia pada umur 36

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 16, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Nami Sano, pencipta Sakamoto desu ga? meninggal dunia pada umur 36
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi mereka yang suka menonton anime Sakamoto di saluran Animax pada dahulu kala, dukacita saya terpaksa mengumumkan berita sedih kepada semua. Menurut akaun Twitter Harta terbitan Kadokawa: Nami Sano, pencipta kepada manga terkenal Sakamoto desu ga? telah meninggal dunia pada 5 Ogos akibat kanser pada umur 36 tahun. Pengebumiannya berlangsung pada 7 dan 8 Ogos lalu.

【読者の皆様へ】

漫画家の佐野菜見さんが8月5日に逝去されました。

『坂本ですが?』『ミギとダリ』など素晴らしい漫画を描いてくれたことに感謝すると共に、心よりご冥福をお祈り申し上げます。

読者の皆様へ、佐野さんのご家族と編集部からの言葉をお伝えします。ご一読いただければ幸いです。 pic.twitter.com/5qqXUfqKp5

— ハルタ (@hartamanga) August 16, 2023

Menurut posting di atas, Sano meninggal dunia sebulan selepas disahkan menghidap kanser. Ketika itu, dia berada dalam peringkat perancangan untuk manga baharu – yang malangnya tidak dapat direalisasikan. Editor Harta berkongsi mesej daripada surat terakhir Sano, yang berkata:

“Ini akhirnya menjadi kehidupan yang menyeronokkan. Saya kini pergi ke dunia yang lebih bebas. Selamat tinggal.”

Kredit: ANN

Nami Sano (17 April 1987 – 5 Ogos 2023) ialah seorang artis manga Jepun yang dilahirkan di wilayah Hyōgo. Sepanjang kariernya sebagai pencipta manga, karya Sano yang paling terkenal ialah Sakamoto desu ga? (Haven’t You Heard? I’m Sakamoto) yang disiarkan dalam majalah Harta dari 12 April 2012 hingga 14 Disember 2015. Siri ini menerima sambutan besar di kalangan pembaca dan akhirnya diadaptasi menjadi siri anime pada 2016.

Kredit: Animax

Penonton di Malaysia juga mungkin pernah melihat anime Sakamoto kerana ia pernah ditayangkan di saluran Animax di Astro dahulu. Jadi ia pasti mengimbau memori, lagi-lagi jika korang adalah peminat besar kepada siri ini.

Kredit: Studio Deen

Kisah Sakamoto desu ga? menceritakan tentang seorang budak lelaki bernama Sakamoto yang sangat popular. Merupakan seorang jenius, dia disukai oleh setiap pelajar dan fakulti sekolah kerana sikapnya yang bergaya dan sentiasa tenang. Walaupun menghadapi pelbagai situasi pelik (selalunya adalah gurauan oleh pelajar lelaki yang cemburu), Sakamoto sentiasa mengatasi masalah itu dengan sempurna dan akibatnya membuatkan dirinya kelihatan lebih bergaya.


Untuk membaca segala liputan kami tentang anime, game, dan teknologi, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animemangaNami SanoSakamoto
ShareTweetSend
Previous Post

“Lebihkan Update Game Tahun Ini” — Pembukaan gamescom Kurangkan Pengumuman Game Baharu!

Next Post

Preview Agatha’s Soul Cauldron: Kad wajib ambil dalam MTG Wilds of Eldraine

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Preview Agatha’s Soul Cauldron: Kad wajib ambil dalam MTG Wilds of Eldraine

Preview Agatha's Soul Cauldron: Kad wajib ambil dalam MTG Wilds of Eldraine

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd