Dah bermain lama dalam PUBG Mobile? Atau baru sahaja berkecimpung dalam permainan yang ramai peminat ini? Masih ingat kami pernah mengongsikan Tips & Trick untuk bermain secara skuad di PUBG Mobile? Jadi kali ini kami nak lah mengongsikan sedikit terutama pada pemain baru untuk mendapat Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) di dalam PUBG Mobile!
Sebenarnya, untuk pemain yang betul-betul baru dan masih di ranking bawah, anda tidak perlu risau pun kerana kebanyakkan yang anda bunuh tu semuanya ‘bot‘. Tetapi bila dah melangkah ke rankin yang lebih tinggi, dan anda bukan lah seorang pro hanya KD 1 kebawah~ Main suka-suka kalah campak telefon~ Okay-okay jangan campak-campak lagi, jom lihat sendiri tips-tips yang ‘simple-pimple‘ dari kami ini. Mana lah tahu jika boleh membantu anda dapat WWCD tu!
Mendarat di kawasan selamat!

Biarlah orang nak cakap anda kaki camp atau takut sekali pun, tapi kalau anda nak merasakan WWCD itu anda perlu mencari tempat yang bukan ‘Hotspot‘. Cari tempat yang kecil, dan jika bermain skuad cuba pergi ke Gatka di peta Erangle, Caves atau Ban Tai di peta Sanhok, bagi Miramar jika kawaasan perjalanan anda sampai ke Campo Militar atau La Crobreria itu mungkin terselamat untuk anda, tetapi jika tidak sampai ke sana, mungkin boleh turun kawasan berdekatan yang mempunyai sedikit rumah serta kenderaan. Manakala di Vikendi terdapat banyak pilihan dan elakkan ke kawasan perumahan atau bangunan yang Hotspot seperti Villa, Cement Factory. Banyak rumah di Vikendi yang senang untuk anda menoyorok dan cari barang!
Jumpa musuh awal permainan? Elakkan dan lari!
Anda dah tahu anda masih tidak pro untuk ‘Bar-bar‘, jadi jika ternampak musuh dan ketika itu peluru baru ada 30 dengan satu senjata atau pun ada pistol sahaja. Cari kereta dan lari! Ajak seluruh skuad anda, sebab anda tidak dapat memastikan pihak musuh adalah pemain pro atau tidak, kalau iya sia-sia Too Soon nanti!
Perhatikan kawasan yang anda nak pergi!

Dah lari tadi? Jangan terus serang kawasan lain untuk memburu senjata yang masih kosong tu! Pastikan sekeliling anda tiada musuh, lihat semula sama ada pintu rumah sudah dibuka atau belum. Dan paling harus anda lakukan, ketika anda ingin melooting tu tutup lah pintu balik! Sekurang-kurangnya anda mendapat peluang untuk serang hendap musuh berdekatan!
Jangan elak dari pakai Shotgun!
Untuk awal permainan, selalunya Shotgun paling senang ditemui kecuali pistol. Jangan buat endah tak endah, jika terdapat musuh ketika mendarat bersama, ianya sangat berguna untuk tembakan jarak dekat! Dekat sini lah nampak kegemilangan shotgun itu!
Sentiasa tukar Armor!
Selepas lawan dengan musuh, pastikan anda kerap tukar Armor yang termasuk helmet dan baju perisai yang baru! Ianya penting untuk membuat anda kekal hidup dari terus mati jika armor makin rosak!
Bermain dengan Bijak!

Jangan rakus! Jangan Bar bar! Walaupun ada seorang yang hebat didalam skuad, tak semestinya ianya akan berjaya! Ambil masa anda, lekalah dengan cari senjata yang terbaik baru bergerak! Sekurang-kurangnya dalam situasi itu, anda akan lihat sendiri bahawa skuad anda tiba-tiba di Top 10.
Pilih senjata pilihan yang anda Selesa!
Jika nak kemenangan, barangan anda perlulah memuaskan. Anda pasti ada senjata kegemaran sendiri kan? Jika masih tiada, selesakan diri dengan senjata yang ada tidak kiralah sama ada SMG atau pun AR. Jadi jika anda dah biasa, anda mempunyai kelebihan dalam tembakan. Rajinkan berlatih di ‘Training room‘! Dari situ anda boleh tahu senjata mana yang selesa, recoil macam yang diperlukan. Belajar dari situ, tukar sensitiviti di situ sehingga anda selesa!

Dapatkan Skop!
Skop itu penting! Jadi dapatkan sekurang-kurangnya 1 skop x4 untuk memudahkan anda menembak musuh yang jaraknya lebih jauh sedikit.
Ketika diserang, Lari ZIGZAG dan Lompat!
Kalau boleh jangan lari terus untuk mengelak jika anda ditembak. Kalau anda lari trus, ianya akan menjadi terlalu senang untuk pihak musuh menembak kita! Jadi, lari secara Zig Zag serta melompat-lompat! Tidak kisah la lambat sedikit ke tempat perlindungan, janji kecederaan anda kurang!
Ketika kena Snipe, Jangan Menyiarap!
Tahu, kalau dah gelabah kena snipe dari penembak jauh pasti kita terus menyiarap kan? Kalau boleh elakkan, sebab mereka yang snipe tu pasti dah tahu anda dimana sebelum itu, kalau terus menyiarap senang sahaja dia cari. Jadi lari je macam pelesit cari tempat lindung!
Nak lebih selamat? Berkaki ayam!
Anda perasan tak kalau pakai kasut bunyi tapak lebih kuat! Nak pakai pakai je kasut tu, tapi ini cuma pendapat, jika dah berakhir di top 10, buanglah kasut tu, bukan rugi apa, sekurang-kurangnya bunyi tapak lebih rendah!
Ketika bermain, Selok-eloknya pakai Headphone!
Bukannya nak kata suruh poyo pakai headphone, tapi untuk dengar lebih jelas didalam permainan! Kalau anda guna headphone, senang untuk dengar bunyi tapak kaki musuh, kenderaan yang akan datang. Jika anda tidak menggunakanya anda mungkin terlepas dengar benda yang penting!
Tunggu masa yang sesuai ketika Menyerang!
Kelam kabut menjadi satu sebab kita mati awal! Lepas menjatuhkan satu ahli pasukan musuh, ambil masa anda untuk reload peluru, menyorok kawasan sesuai, dan cari semula musuh anda dan serang dari jauh. Jangan terlalu kabut dan matikan setiap musuh tanpa sebarang lindungan dari ahli pasukan kita.
Berwaspada dengan Red Zone!

Atau digekar Zona merah! Perhatikan kawasan red zone dimana, jangan rempuh terus. Pastikan anda berlindung di tempat selamat. Perhatikan masanya yang hampir tiba itu dan beritahu rakan sepasukan!
Lalu di hujung Bulatan Biru!
Dah masuk dalam zon dan zon makin mengecil? Jangan terus ke tengah bulatan! Nak selamat lalu dihujung-hujung bulatan. Dalam masa yang sama pastikan laluan anda ke arah bulatan yang seterusnya, sebab apa? Sebab zon-zon terakhir adalah maut mendatang! Cari peluang anda untuk melepaskan tembakan pada musuh dari jarak yang betul.
Lari tanpa pegang Senjata!
Jika anda dalam kawasan luar zon, dan sedang berlari ke arah zon, pastikan tiada musuh lari arah yang sama dan jagan pegang senjata anda untuk berlari lebih laju masuk ke dalam zon!
Nampak Drop Supply? Jangan terus pergi!

Jika anda belum bersedia untuk terus serang musuh jangan pergi terlalu awal ke drop supllies! Lihat dari jauh, skop/snipe untuk memastikan tiada musuh lain yang sedang mengambil drop berkenaan. Tiada musuh? Tunggu seketika hingga habis asap merah nya! Jangan lupa asap merah adalah supply yang diberi, dan asap kuning adalah dari musuh yang menembak flaregun!
Tips: Kalau anda berkereta, anda boleh terus pergi. Tetapi jangan turun semua sekali satu pasukan, dua orang turun, dan cepat-cepat ambil barang lepas itu terus gerak!
Guna Peek & Fire
Pergi ke tetapan (Settings) -> Basic dan enable Peek & Fire anda. Ciri ini menyenangkan anda untuk menjenguk keluar dari kawasan lindungan untuk memastikan musuh ada atau tidak. Cuma jangan kerap menjenguk, taku ada yang memerhati dari jauh dan anda yang kena headshot!
Sentiasa Berkomunikasi bersama rakan sepasukan!
Dalam artikel lalu, kami sudah kongsikan. Tetapi untuk Chicken Dinner, anda haruslah bertindak sebagai satu pasukan yang bukan mementingkan diri sendiri! Dengan kerjasama, anda pasti boleh menentang 96 pemain yang lain!
Tengok Bar HP anda!
Pastikan bar HP anda sentiasa penuh! Seeloknya minumlah energy drink atau makn pill untuk pertahankan kesihatan anda lebih lama.
Bersabar walaupun Bercamping atau Mencacing!
Bukan nak boikot camper atau cacing, tetapi untuk anda yang biasa-biasa, anda memang kena buat sebegini untuk meneruskan pemainan sekurng-kurangnya ke Top 10. Rakan sepasukan kena ingat, jangan penting diri sendiri, ingat-ingat yang lain tak semestinya hebat untuk Bar-bar! Sabar itu indah!
Sesuaikan Tetapan anda!
Kita dah boleh betulkan tetapan pengawalan sendiri kan, Jadi ikut kesesuaian cara pengawalan anda, halimunan kan sedikit butang-butang tersebut, semua itu untuk anda nampak lebih jelas permainan dari terlindung.
Jadi sampai kat sini perkongsian hari ini. Harap ianya dapat membantu anda untuk mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner bermula malam ini okay! Pada sesiapa yang nak memuat turun PUBG Mobile bolehlah ke iOS Apps Store atau Google Play.
@gamersantaimy
Discussion about this post