Anda memang ada impian untuk membuat game sendiri? Kalau macam itu, saya datang dengan berita baik kerana Sony Interactive Entertainment sedia membantu anda! Dalam pembentangan istimewa di acara MYCDF 2021 hari ini, Shuhei Yoshida (Ketua inisiatif Indie SIE) dan John Eternal (Pengarah Akaun Global SIE) bercakap tentang kepentingan game indie di pasaran dan bagaimana pemaju tempatan di Asia Tenggara (termasuk Malaysia) boleh menerbitkan game indie mereka dengan bantuan Sony PlayStation.

Dalam cara yang sangat informatif, langkah pertama untuk menjadi rakan PlayStation adalah untuk pergi ke halaman partner.playstation.net dan memulakan proses pendaftaran. Selain maklumat asas mengenai studio anda, salah satu perkara yang membantu PlayStation memahami keperluan anda adalah “Rancangan Projek”. Korang boleh anggap ini sebagai “idea pitching” untuk game anda. PlayStation tidak memerlukan info yang terlalu terperinci, tetapi beberapa maklumat penting seperti gaya reka bentuk, tarikh pelepasan yang disasarkan, rancangan untuk platform, dan latar belakang tentang ciri-ciri utama bagi permainan anda akan membantu mereka dalam proses penilaian.
Apabila game diluluskan dan anda menandatangani Global Developer and Publisher Agreement (GDPA), pengguna akan mendapat akses ke alat sokongan PlayStation yang membolehkan mereka belajar lebih banyak mengenai proses pembangunan dan penerbitan di platform melalui MDEC Level Up. Mereka juga telah menambahkan banyak program baru untuk menyokong pemaju tempatan melalui inisiatif “Sokongan Pemasaran PlayStation Indies” di mana demo permainan akan diadakan di pelbagai acara tempatan/serantau dan sokongan media sosial PlayStation secara Facebook dan Youtube untuk tujuan promosi.

Itu sahaja asas-asas untuk anda memulakan sebuah hubungan rakan kongsi bersama SIE. Jika anda memang sedang dalam proses untuk menghasilkan game indie sendiri tetapi tidak tahu bagaimana untuk meneruskan pemasaran di Malaysia, mungkin ini boleh menjadi solusi yang bagus dengan bantuan Sony PlayStation. Untuk dilabel sebagai permainan eksklusif PlayStation adalah sesuatu yang patut dibanggakan dan saya rasa gelaran itu pun sudah cukup sebagai alat promosi yang hebat bagi. Jadi jangan tunggu lagi, daftarlah sekarang di pautan tersedia.
Untuk segala liputan kami tentang MYDCF 2021, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post