Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero One’s Justice 2 mempunyai lebih daripada 40 watak! Saing-saing seperti anime!

Sekuel ini kembali dengan watak-watak kegemaran anda.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 12, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga, Nintendo Switch, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
My Hero One’s Justice 2 mempunyai lebih daripada 40 watak! Saing-saing seperti anime!
Share on FacebookShare on Twitter

My Hero One’s Justice ialah game pertempuran 3D berdasarkan anime My Hero Academia yang dikeluarkan pada bulan Ogos 2018 dan merupakan debut pertama Deku dalam bentuk maya. Sekuelnya, My Hero One’s Justice 2, bukan sahaja telah rasmi, tetapi akan keluar esok! Sebelum pembebasannya, penerbit Bandai Namco telah menyiarkan beberapa trailer watak, yang menampilkan penambahan baru pada barisan watak permainan. Mari kita lihat dahulu trailer “Legacy Character” berikut:

Trailer ini disusun secara pasangan, dan mempamerkan watak kegemaran anda dalam siri-siri pertarungan. Sebagai contoh, trailer bermula dengan pertarungan antara Kirishima dan Bakugo, dan berakhir dengan pertarungan epik antara All Might dan All For One.

Sebelum trailer ini dikeluarkan, My Hero One’s Justice 2 umum akan memasukkan kandungan daripada story arc Shie Hassaikai, yang baru saja tamat dalam siri anime pada bulan Februari tahun ini. Ini bermakna penambahan baru kepada permainan seperti antagonis Kai Chisaki, dan hero-hero penting seperti Fat Gum dan Lemillion. Tambahan lain termasuk Gang Orca, Twice, Mr. Compress, Mineta, Mina Ashido, dan lain-lain.

Menampilkan senarai lebih daripada 40 watak secara total (hampir dua kali ganda daripada game sebelumnya) kita boleh lihat pertarungan antara Kai Chisaki dan penjahat lain daripada story arc lama seperti Hero Killer: Stain dan Muscular, untuk memberikan satu contoh pertarungan non-canon.

Kawan-kawan yang pra-pesan My Hero One’s Justice 2 akan membuka bentuk Full Cowling 100% milik Midoriya dan bentuk “ver. 2” Chisaki, serta menjadikan Nomu (watak permainan pertama) sebagai karakter yang boleh dimainkan. Save data dari My Hero One’s Justice juga akan membuka pakaian baru untuk Midoriya. Kita tidak perlu tunggu lama dah! My Hero One’s Justice 2 akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch, PS4, Xbox One dan PC pada 13 Mac 2020!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBandai NamcoDekukarakterMy Hero AcademiaMy Hero One’s Justice 2watak
Previous Post

Waktu Close Beta Open-World RPG “Genshin Impact” telah diumumkan!

Next Post

MARVEL & NetEase bekerjasama untuk melancarkan MARVEL Duel! Permainan kad strategi terbaru di pasaran!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
MARVEL & NetEase bekerjasama untuk melancarkan MARVEL Duel! Permainan kad strategi terbaru di pasaran!

MARVEL & NetEase bekerjasama untuk melancarkan MARVEL Duel! Permainan kad strategi terbaru di pasaran!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd