Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia The Movie: You’re Next Dedahkan Trailer & Visual Rasmi!

Maira by Maira
January 30, 2024
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
My Hero Academia The Movie: You’re Next Dedahkan Trailer & Visual Rasmi!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas diumumkan pada bulan Ogos yang lalu, akhirnya filem anime baharu My Hero Academia telah pun mendedahkan tajuknya! Bukan itu sahaja, kita juga didedahkan dengan trailer rasmi serta visual utama filem! Melalui akaun Twitter/X siri anime, filem ini diberi tajuk “My Hero Academia The Movie: You’re Next”, yang membawa penceritaan original yang berlaku semasa keruntuhan masyarakat selepas kegagalan para hero.

Dalam trailer rasmi tersebut, kita melihat kembali babak ikonik di mana All Might menunding jarinya ke kamera dan bercakap “Seterusnya, giliran awak” yang sebenarnya ditujukan pada Deku. Tetapi villain kita kali ini nampaknya melihat mesej itu juga. Lebih menarik sekali, dia juga kelihatan seperti All Might! Agaknya siapalah villain kita ini? Tidak sabar untuk mendapatkan pendedahan lanjut nanti.

©KH/S,MP

Berikut adalah sinopsis rasmi My Hero Academia The Movie: You’re Next:

“Seterusnya giliran awak.”

Di sebuah dunia di mana orang ramai mempunyai kebolehan quirk menjadi sesuatu yang normal, bekas hero No. 1, All Might yang dahulunya dipanggil “simbol keamanan” mengatakan ayat tersebut setelah menumpaskan villain hebat. Walaupun selepas All Might bersara daripada jawatannya sebagai Wira No. 1, kehendaknya untuk menjadi wira diturunkan kepada Deku dan seluruh Hero Departmen di UA High School.

Pada musim bunga tahun kedua mereka di UA, perang habis-habisan meletus antara wira dan villain. Deku berhadapan dengan Tomura Shigaraki, yang telah memperoleh kuasa yang menggerunkan, dan kedua-duanya bertembung dengan ganas. Kedua-dua wira dan villain mengalami kecederaan yang serius, dan pertempuran berakhir sementara apabila Shigaraki berundur, tetapi masa untuk pertarungan lain semakin hampir setiap saat.

Tiba-tiba, kubu gergasi misteri muncul dalam masyarakat yang musnah akibat perang habis-habisan, menelan bandar dan orang satu demi satu.
Kemudian, seorang lelaki yang seolah-olah menjadi “simbol keamanan” berdiri di hadapan Deku dan rakan-rakannya. ……

©KH/S,MP

Sama seperti siri anime, Studio Bones akan bertanggungjawab dalam penghasilan animasi untuk filem ini. Ia dijadualkan untuk tayangan di Jepun pada 2 Ogos 2024.

Memandangkan filem My Hero Academia sering ditayangkan di Malaysia, ada kemungkinan besar kita akan dapat menontonnya pada tahun hadapan. Apa pun kita tunggu sahaja sebarang pengumuman mengenai tayangannya nanti.

Untuk mendapatkan segala berita mengenai siri My Hero Academia daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: My Hero AcademiaMy Hero Academia The MovieMy Hero Academia The Movie: You’re Next
ShareTweetSend
Previous Post

Suicide Squad: Kill the Justice League Paparkan Trailer Live Action Baharu, Dibintangi Will Arnett dan Ron Funches!

Next Post

Lawak Kampus: School Daze Versi Bahasa Melayu Bakal Hadir ke Astro Ceria pada awal Februari Ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Lawak Kampus: School Daze Versi Bahasa Melayu Bakal Hadir ke Astro Ceria pada awal Februari Ini!

Lawak Kampus: School Daze Versi Bahasa Melayu Bakal Hadir ke Astro Ceria pada awal Februari Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd