Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia: Konflik Besar Keluarga Todoroki Akhirnya Tamat! [SPOILER]

Maira by Maira
June 6, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Spoiler
0 0
0
My Hero Academia: Konflik Besar Keluarga Todoroki Akhirnya Tamat! [SPOILER]

Kredit imej: Vihurah (Twitter)

Share on FacebookShare on Twitter

Dalam mana-mana siri, pasti ada sahaja konflik yang berlaku untuk mengembangkan watak-watak dalam siri. My Hero Academia juga tidak terlepas daripadanya dan antara konflik terbesar siri akhirnya tiba ke penghujungnya. Konflik yang kami maksudkan ialah konflik keluarga Todoroki.

Sumber: Bones

Kita telah melihat bagaimana hubungan keluarga yang renggang itu serta perkaitan mereka dengan villain Dabi, yang tidak lain tidak bukan Toya Todoroki. Selepas Dabi mula menjadikan dirinya seperti bom yang akan meledak, seluruh ahli keluarga tersebut kecuali Shoto telah memeluk Dabi dalam cubaan untuk menghentikannya. Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda.

Amaran! Ada spoiler manga My Hero Academia bab 390!

Dalam bab terbaharu My Hero Academia bertajuk Shoto Todoroki Rising, kita melihat Iida yang menghantar Shoto ke tempat kejadian. Ditambah dengan kuasa Phosphor Shoto, memang cepat sahaja mereka sampai sebelum kaki Iida tidak mampu untuk menampungnya lagi.

Sumber: Manga Plus

Shoto yang menghampiri keluarganya, mula menceritakan sedikit sebanyak tentang keinginannya untuk menjadi seperti rakannya yang lain. Dia berusaha untuk berbual dengan mereka, bergaduh untuk lebih mengenali sesama mereka dan juga mengambil kisah tentang orang lain. Mengetahui ia bukanlah perkara yang senang, tetapi dia masih mencubanya.

Apabila dia mencapai Dabi, dia sedar bahawa kisah silamnya serta abangnya itu boleh diselesaikan dengan mudah, jika mereka saling berjumpa dan masih banyak lagi perkara yang ingin dia katakan kepada Dabi. Shoto akhirnya melepaskan Great Glacial Aegis, yang akhirnya menghentikan letupan tersebut. Dengan hadirnya seluruh keluarga mereka, Shoto memberitahu bahawa kuasanya seorang tidak mampu untuk menghentikan api Toya yang lebih panas daripada Kamino.

Sumber: Manga Plus

Dabi yang dalam keadaan teruk masih lagi mengeluarkan kata-kata benci terhadap keluarganya. Endeavor pula mula meminta maaf kepada keluarganya sambil menghampiri Toya. Shoto yang kepenatan akhirnya rebah ke tanah.

Sumber: Manga Plus

Selepas itu, kita dibawa melihat Toga yang melihat ke arah tempat Dabi dan tertanya-tanya jika dia sempat ketawa sehingga ke akhirnya. Di belakang Toga pula Ochaco sedang ditindih oleh banyak klon Twice. Nampaknya kita akan melihat perlawanan antara mereka pula pada bab-bab akan datang.

Sumber: Manga Plus

Manga My Hero Academia pula akan berehat dan akan kembali pada 18 Jun nanti. Anda boleh membaca bab terbaharu ini secara percuma melalui aplikasi atau laman web MangaPlus. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai My Hero Academia daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MHAMy Hero AcademiaMy Hero Academia 390Spoiler manga
ShareTweetSend
Previous Post

Diablo IV kini boleh main – Halsey & SUGA BTS nyanyi lagu tema “LILITH”!

Next Post

Eiichiro Oda jalani pembedahan mata, manga One Piece rehat sebulan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Eiichiro Oda jalani pembedahan mata, manga One Piece rehat sebulan!

Eiichiro Oda jalani pembedahan mata, manga One Piece rehat sebulan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd