Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia: Deku berjaya membuka Quirk keempat One For All!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 22, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga, Tinjauan & analisis
0 0
0
My Hero Academia: Deku berjaya membuka Quirk keempat One For All!

Sumber - Bokunocolour

Share on FacebookShare on Twitter

My Hero Academia telah mendedahkan kuasa terbaru yang digunakan oleh Midoriya Izuku, sebagai sebahagian daripada Quirk One For All-nya. Kuasa ini khusus berasal daripada pengguna ke-4 One For All, dan merupakan versi Spider-Sense ala-ala Spider-Man, yang membolehkan Deku mengesan bahaya sebelum diserang.

My Hero Academia, Ch. 295: Heroes and villains running on fumes turn increasingly desperate as the battle continues! Read it FREE from the official source! https://t.co/bwHVizHORM pic.twitter.com/iuHpg8mpm1

— Shonen Jump (@shonenjump) December 20, 2020

*SPOILER DI BAWAH*

Bab-bab sebelum daripada My Hero Academia War Arc menyaksikan pertarungan semakin mendekati klimaks utama, ketika para Hero (Endeavour, Midoriya Izuku, Todoroki Shoto, Bakugo, Best Jeanist) menghadapi Villain: (Shigaraki Tomura, Dabi, Gigantomachia, Compress, Spinner, Toga). Konflik ini menjadi semakin rumit apabila Dabi mendedahkan bahawa dia sebenarnya adalah anak Endeavour dan abang kandung Shoto. Dengan dendam di dalam fikiran, Dabi ingin membakar Shoto untuk menyeksa Endeavour tetapi Izuku datang pada detik-detik terakhir untuk menyelamatkan Shoto.

Tindakan ini membuat Deku hilang kesedaran sehingga sebuah suara memanggilnya untuk bangun. Ketika itulah, Deku menyedari suara itu sebenarnya adalah milik Danger Sense, pengguna ke-4 One For All. Deku juga menyedari bahawa Quirk baru ini membolehkan dirinya untuk mengesan bahaya, tetapi akan membebankan mindanya. Tanpa melatihkan diri, bebanan minda ini terlalu sakit sehingga ia menjadi sukar untuk Deku kekal sedar. Pada masa yang sama, Shigaraki pun sudah bangkit (kini dirasuk oleh All For One), dan raksasa-raksasa Nomu pula makin mendekatkan diri dengan wira kami.

Dengan bab 295 My Hero Academia, ia benar-benar terasa seperti kita sudah hampir sampai ke penghujung story arc ini. Walaupun masih belum ada kematian watak yang besar dan banyak lagi plot-twist pada bab-bab akan datang, story arc ini pasti telah mengubah status Deku sebagai Hero dalam cara yang besar. Berbanding dulu, Deku kini lebih bersedia untuk menjadi pengganti All Might, dan memimpin generasi Hero seterusnya. Apa pendapat anda? Mari kongsi dengan saya di ruang komen sekarang!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Boku no Hero AcademiaDekumangaMidoriya IzukuMy Hero AcademiaOne For AllQuirk
Previous Post

Kemas kini Genshin Impact Patch Notes 1.2 mendapatkan banyak kandungan dan ganjaran baru

Next Post

Sneak peak Battlepass & ciri lain yang akan datang di League of Legends: Wild Rift

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Next Post
Sneak peak Battlepass & ciri lain yang akan datang di League of Legends: Wild Rift

Sneak peak Battlepass & ciri lain yang akan datang di League of Legends: Wild Rift

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd