Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia – Cikgu & Hero terkenal, Midnight telah tewas!

Alan Fikri by Alan Fikri
January 10, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
My Hero Academia – Cikgu & Hero terkenal, Midnight telah tewas!
Share on FacebookShare on Twitter

My Hero Academia telah kembali untuk musim ke-6 dan pada musim ini, kita dapat lihat kematian terbesar setakat ini dalam anime iaitu watak guru dan hero R-Rated, Midnight. Ketika musim ke-6 Part 1 tamat pada 2 minggu lalu, kita telah lihat hasil serbuan para hero di markas penjahat di mana mereka telah mengorban ramai hero sehingga ada diantara mereka ingin bersara daripada menjadi hero.

Walaupun semua pelajar Class1-A dapat elak daripada menerima kecederaan serius semasa perlawanan menentang Paranormal Liberation Front, malangnya salah seorang guru mereka tidak berjaya membuat seperti anak muridnya. Berlaku di luar skrin, guru UA Academy, Midnight, telah meninggal dunia.

Kali terakhir kita melihat hero yang menggoda ini adalah semasa dia berhadapan dengan sekumpulan penjahat dan Gigantomachia. Walaupun kita tidak dapat tengok macam mana Midnight menghembus nafas terakhirnya, segelintir pelajar Class 1-A dan 1-B telah mendekati tubuhnya, tidak dapat menahan air mata mereka atas pemergian gurunya.

Bukan setakat Midnight sahaja hero yang tewas di medan perang, malah hero Majestic, salah seorang watak yang jarang mendapat screen time juga telah menemui ajalnya semasa peperangan tersebut.

Dengan kekuatan Shigaraki yang baru “awakened”, ia telah berjaya membunuh ramai hero seperti Crush dan X-Less. Seperti yang dapat kita tengok pada episod terbaru, beberapa hero telah putus semangat dan bersara daripada menjadi wira kepada masyarakat.

Orang awam mula mempersoalkan keupayaan hero-hero, adakah mereka mampu melindungi manusia biasa, lagi-lagi apabila Dabi mendedahkan identiti sebenarnya sebagai salah seorang anak Endeavor, Hero #1 pada masa ini.

Kini, Deku perlu lakukan sesuatu untuk menyatukan semula masyarakat dan mendapatkan semula kepecayaan mereka. Dengan penampilan yang jauh lebih “dark” seperti dalam pembukaan My Hero Academia Season 6 Part 2, Dark Deku atau Rogue Deku kini bersedia untuk beraksi melalui adaptasi anime.

Jadi, apa pendapat anda dengan kematian Midnight dalam siri My Hero Academia ini? Adakah ia memberi impak besar kepada pembaca dan penonton? Siapakah watak yang paling memberi kesan kepada anda daripada Arc Paranormal Liberation War ini? Boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Anda boleh tonton My Hero Academia di Netflix daripada musim pertama hingga yang terkini.Untuk mendapatkan segala liputan mengenai My Hero Academia daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBoku no Hero AcademiamangamidnightMy Hero Academia
Previous Post

IQOO 11 5G sudah ‘sold out’ di Malaysia! Pre-order sekarang untuk dapatkan 1 unit sebelum CNY!

Next Post

M3GAN Review – Robot AI Sebagai Teman Bermain, Penuh Ketawa dan Darah [SPOILER]

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
M3GAN Review – Robot AI Sebagai Teman Bermain, Penuh Ketawa dan Darah [SPOILER]

M3GAN Review - Robot AI Sebagai Teman Bermain, Penuh Ketawa dan Darah [SPOILER]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd