Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia Bakal Hadir dengan Filem Terbaru! Visual Filem Didedahkan!

Maira by Maira
August 3, 2023 - Updated on August 7, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
My Hero Academia Bakal Hadir dengan Filem Terbaru! Visual Filem Didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan siri manga My Hero Academia semakin hampir kepada penamatnya, adaptasi anime untuk musim terbaru juga sedang dibangunkan. Ramai juga peminat yang tertanya-tanya jika siri tersebut akan hadir dengan filem terbaru. Berita baiknya, siri My Hero Academia bakal mendapat filem terbaru nanti!

/#ヒロアカ 劇場版
 第4弾が来る!
\

『僕のヒーローアカデミア
 THE MOVIE』

最新作 制作決定!!!
ティザービジュアル解禁!!!

[原作・総監修・キャラクター原案]#堀越耕平

▼制作発表映像https://t.co/QBi6MW4N93@heroaca_moviehttps://t.co/jq4GZlSR85#ヒロアカ映画 #heroaca_a pic.twitter.com/Q4zACCq3py

— 僕のヒーローアカデミア/ヒロアカ アニメ公式 (@heroaca_anime) August 6, 2023

Perkara ini telah didedahkan melalui majalah JUMP untuk minggu ini. Pengumuman filem tersebut hadir dengan komen oleh pelukis manga, Kohei Horikoshi. Berikut adalah mesejnya yang sudah diterjemah:

“Helo semua, saya Kohei Horikoshi penulis untuk My Hero Academia. Filem keempat My Hero Academia telah pun disahkan! Dan terima kasih atas sokongan anda, terima kasih banyak-banyak! Bones dan Toho sedang mengerjakan musim terbaru untuk anime tanpa henti, jadi saya terkejut apabila mereka memberitahu saya akan ada filem baru.

Saya teringat zaman kanak-kanak, semasa filem Dragon Ball baharu keluar setiap tahu. Ia membuatkan saya teruja dan saya masih ingat duduk di pawagam dengan hati yang berdebar-debar.

Jadi saya harap kanak-kanak generasi baru akan nikmati filem ini seperti saya dahulu! Ia (filem) akan berlaku selepas perang dalam musim 6, bermakna pentas kali ini berlaku selepas masyarakat musnah. Selepas melalui pelbagai perkara dan mempelajari banyak benda, siapakah yang Deku dan kawan-kawannya akan tempuhi kali ini? Apa yang mereka akan lindungi?! Nantikannya akan datang!”

Melalui mesejnya, kita mendapat kepastian bahawa Bones dan Toho sedang menghasilkan siri serta filem dalam masa yang serentak. Harap-harap semuanya berjalan akan lancar nanti. Memandangkan filem ini juga mempunyai tetapan selepas perang besar antara hero dan villain, sudah pasti kita akan melihat sudut lain selepas perang tersebut. Ada kemungkinan besar juga filem ini akan ditayangkan dahulu sebelum musim 7 ditayangkan.

Sumber: Bones, TOHO

Apa pun kita tunggu maklumat lanjut daripada Toho dan Bones pada masa akan datang. Kami pasti ramai peminat yang turut teruja dengan pendedahan baru ini. Untuk mendapatkan berita menarik tentang anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: My Hero AcademiaMy Hero Academia MovieMy Hero Academia Movie 4
ShareTweetSend
Previous Post

Pengalaman HoYo FEST 2023 — Bukan Lagi Kafe, Acara Besar-besaran Untuk Peminat!

Next Post

Dek, Pokemon Kegemaran? — Perkongsian Menarik oleh Pemain Terbaik Pokémon Trading Card Game Jepun!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Dek, Pokemon Kegemaran? — Perkongsian Menarik oleh Pemain Terbaik Pokémon Trading Card Game Jepun!

Dek, Pokemon Kegemaran? -- Perkongsian Menarik oleh Pemain Terbaik Pokémon Trading Card Game Jepun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd