Pembangun game daripada Jepun, KLab telah mendapat kebenaran rasmi untuk menghasilkan game berdasarkan anime dan manga popular iaitu My Hero Academia. Mereka akan membangunkan game online berdasarkan anime tersebut untuk seluruh negara kecuali China. Walaupun platform masih belum diumumkan, tetapi kesemua game daripada KLab tersedia untuk iOS dan Android dan maklumat lanjut tentang pembangunan game ini akan diumumkan kemudian.

KLab akan menggunakan pengalaman yang mereka peroleh melalui pembangunan dan pengedaran pelbagai game berasaskan IP anime di Jepun dan luar negara. Ini adalah untuk memastikan produk tersebut menjadi salah satu game yang seronok dan memuaskan kepada para peminat My Hero Academia di seluruh dunia.
Sehingga kini, KLab telah mengeluarkan beberapa game yang diadaptasi daripada anime popular seperti Captain Tsubasa: Dream Team, Bleach Brave Souls, Bleach Soul Rising dan Yu Yu Hakusho 100% Maji Battle. Kini, mereka telah menambah katalog produk mereka untuk dipilih oleh peminat anime dengan siri My Hero Academia.

Untuk pengetahuan anda, anime My Hero Academia adalah berdasarkan karya siri popular mangaka daripada Jepun, Kohei Horikoshi, dilancarkan dalam Weekly Shonen Jump dan diterbitkan oleh Shueisha pada tahun 2014. Jualan manga siri ini telah melebihi 65 juta salinan di seluruh dunia dan diadaptasi menjadi sebuah anime, filem dan game disebabkan popularitinya yang semakin meningkat.
Kebanyakan game daripada KLab mengisahkan cerita anime terikini yang canon, ini adalah untuk memberi pemain kebebasan untuk meneroka dunia fiksyen tersebut. Tetapi mereka tidak mengelak untuk menambah kandungan asli KLab dengan kerjasama artis dan pasukan produksi utama.

Sebagai contoh, mereka telah membawa masuk form baru untuk watak utama dan antagonis daripada siri Bleach yang tidak pernah dilihat ke dalam game Bleach Brave Souls. Manakala untuk Captain Tsubasa: Dream Team pula mereka menambah pemain baru dari seluruh dunia sebagai Pasukan Kebangsaan di Captain Tsubasa Universe. Jadi mungkin mereka akan menambah watak baru dalam game My Hero Academia yang akan datang.
Setakat ini sahaja maklumat yang diumumkan oleh KLab, kami akan kemas kini selepas mendapat info lanjut. Jadi apa yang anda harapkan untuk game My Hero Academia yang akan dibangunkan oleh KLab ini? Boleh berikan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Untuk pelbagai liputan tentang game, anime dan banyak lagi, ikuti Gamer Santai.
@gamersantaimy
Discussion about this post