Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia: Bagaimana Lemillion dapatkan kembali kuasanya!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 7, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga, Tinjauan & analisis
0 0
0
My Hero Academia: Bagaimana Lemillion dapatkan kembali kuasanya!
Share on FacebookShare on Twitter

Pertarungan antara baik dan jahat telah mencapai klimaks di manga My Hero Academia ketika kedua-dua pihak berusaha untuk mengalahkan yang lain. Walaupun kemunculan Dabi yang ingin membantu Shigaraki Tomura memberi kelebihan pada penjahat, para wira kami pun mempunyai beberapa kejutan sendiri kerana Best Jeanist dan Lemillion kembali beraksi untuk menyelamatkan rakan-rakan.

My Hero Academia, Ch. 293: Another explosive chapter in this red hot arc! Read it FREE from the official source! https://t.co/PwZJ7eYBZ0 pic.twitter.com/WnkVQNJbur

— Shonen Jump (@shonenjump) December 6, 2020

Bab sebelum telah mengejutkan ramai peminat dengan kemunculan Togata Mirio, tetapi ramai yang tertanya (termasuk saya) bagaimana dia berjaya mendapatkan kembali kuasanya setelah ia hilang semasa story arc Shie Hassaikai. Dijelaskan dalam bab terkini, ternyata ramalan peminat amat tepat bahawa Eri memainkan peranan besar dalam kepulihan Mirio.

Bab 293 daripada manga menjawab persoalan peminat tentang bagaimana Mirio dapat mengembalikan Quirk-nya. Sudah enam bulan sejak Mirio berhenti aktif sebagai Hero, tetapi setelah mendengar rancangan untuk memerangi Paranormal Liberation Front, dia memilih untuk membantu. Mirio kemudian menceritakan apabila dia melihat Eri melatih quirk Rewind-nya pada pelbagai jenis serangga dan cicak/biawak lalu menyembuhkan anggota bandan yang hilang atau terputus.

Seterusnya, Mirio meminta maaf kepada Eri kerana tidak ingin dianggap sebagai seseorang yang menyalahguna, tetapi berkeras mahu Eri menggunakan quirk Rewind ke atas dirinya untuk mengembalikan Quirk yang hilang. Eri dengan senang hati menerimanya permintaan ini dan mengakui itulah antara sebab dia berlatih begitu keras.

Ini mengesahkan bahawa Eri berjaya menggunakan quirk Rewind untuk mengembalikan kuasa Mirio, dan menunjukkan bahawa Eri akan menjadi watak yang lebih penting dalam siri ketika dia mengasah lagi kemampuan ini. Jika Eri boleh memulangkan semula kuasa Mirio semula, mungkin dia dapat memulihkan beberapa kecederaan teruk seperti Eraserhead yang kehilangan kaki.

Apa pendapat anda? Teruja melihat kehebatan Eri dan kepulangan Lemillion? Kongsi dengan saya pendapat anda dalam ruang komen sekarang!

Sumber – Shueisha

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EriLemillionmangaMy Hero AcademiaTogata Mirio
Previous Post

Anime Tokusatsu baru SSSS.Dynazenon diumumkan pada April 2021!

Next Post

Media Kits Cyberpunk 2077 di tangan kami! Masa untuk Unboxing!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Media Kits Cyberpunk 2077 di tangan kami! Masa untuk Unboxing!

Media Kits Cyberpunk 2077 di tangan kami! Masa untuk Unboxing!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd