Sebagai salah satu antagonis utama dalam My Hero Academia, Toga Himiko merupakan antara watak paling popular di dalam siri dan boleh dianggap sebagai “poster girl” untuk geng orang jahat.
Ramai mengenalinya sebagai rakan sekutu kepada Shigaraki Tomura (pengganti All For One) dengan personaliti yang gila, psiko dan buas tetapi apa yang membuatkan Himiko lebih unik adalah quirk-nya, Transform – yang membolehkan dirinya menyerupai bentuk fizikal individu lain, serta menyalin suara mereka.

Syarat untuk Himiko berubah adalah dia perlu meminum darah sasarannya. Semakin banyak darah yang dia minum, semakin lama dia dapat mengekalkan bentuk orang itu. Disebabkan itu, ramai juga menganggapnya sebagai “vampire”.
Walaupun siri manga dan anime banyak menceritakan tentang Himiko, kita tidak pernah diberitahu tentang kisah silamnya. Memang asal-usulnya disembunyikan tetapi selepas keluaran bab manga terkini (khususnya bab 392), peminat akhirnya dapat jawapan yang mereka inginkan. Inilah penjelasan rasmi.
AMARAN! DI BAWAH MENGANDUNGI SPOILER!
Asal usul Toga Himiko

Toga Himiko dilahirkan sebagai anak perempuan sulung kepada keluarga Toga. Daripada zaman kanak-kanak lagi, (mungkin disebabkan oleh Quirk-nya), Himiko memiliki obsesi yang kuat terhadap darah.
Suatu hari, dia menunjukkan bangkai seekor burung kepada ibu bapanya dan ini merupakan kali pertama ibubapa Himiko melihat tabiat pelik itu. Mereka serta-merta menuduh Himiko jika dia membunuh burung itu dan meminum darahnya tetapi imiko hanya mampu menangis lalu berkata dia menemui bangkai itu di halaman rumah.


Jijik dan takut dengan kelakuannya, ibu bapa Himiko memaksa anak perempuannya untuk menjadi “normal”, dan menghantarnya ke kaunseling supaya masalah itu dibetulkan.
Sejak itu, Himiko menyembunyikan obsesinya terhadap darah dan bersikap seperti “gadis sekolah normal”. Dia berjaya menyembunyikan sisi ini sehingga di sekolah menengah. Walaupun menghadiri sesi kaunseling, tingkah lakunya masih bermasalah. Himiko memerhati dunia dan mempersoalkan “mengapa perkara yang dia cinta itu salah” sedangkan orang lain dapat meluahkan perasaan mereka dengan bebas.

Pada satu hari, ibu bapa Himiko berhadapan dengannya selepas mendapat tahu dia meminum darah rakan sekelas. Himiko mendakwa bahawa rakan itu cedera, jadi dia menghisap darah untuk merawat luka itu – yang turut dikatakan tidak normal oleh ibubapanya.
Dalam keadaan menangis, dia meluahkan rasa tidak faham, lalu bertanya jika “semua orang juga melawan keinginan untuk menjadi insan yang mereka mahu”, dan tertanya-tanya mengapa tiada siapa suka menghisap darah seperti dia.
Mendengar ayat itu, ibu bapanya terus putus asa dan anggap dia sebagai makhluk yang jahat, dan menyesal kerana telah melahirkan sesuatu yang tidak berperikemanusiaan. Melihat hal ini, mental Himiko terus gila.

Selepas kejadian itu, dia bertemu dengan seorang budak lelaki bernama Saito. Pada masa itu, Saito terlibat dalam pergaduhan dan badannya penuh dengan lebam dan darah. Tanpa sengaja, kecenderungannya yang “tidak normal” telah bangkit. Ini boleh dianggap kali pertama Himiko jatuh hati pada seseorang.
Lama-kelamaan, Himiko telah menyerah kepada kegilaan ini dan menyerang Saito menggunakan pisau. Himiko memasukkan straw ke dalam luka Saito (yang cederah selepas diserang oleh Himiko) dan mula menghisap darahnya sambil menangis. Menurut rakan sekelas yang lalu-lalang yang menyaksikan serangan itu, mereka berkata Himiko mempunyai pandangan gembira semasa membuat perbuatan itu.


Tidak lama kemudian, Himiko menghilangkan diri dan bersembunyi, selepas menjadi suspek yang dikehendaki. Insiden itu didedahkan kepada orang umum dan keluarga Himiko disoal. Ibu bapanya memohon maaf dan berkata bahawa mereka cuba membantu anak perempuan mereka tetapi mengaku anaknya tidak boleh disembuh dan memutuskan semua hubungan dengannya.
Akhir sekali, Toga Himiko menyertai League of Villains.
Jadi apa pendapat korang tentang asal-usul Toga Himiko? Adakah dia memang tidak dapat diselamatkan? Adakah perjalanan hidupnya memang untuk jadi orang jahat? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!
Untuk baca segala berita kami tentang My Hero Academia, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post