Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia: Apa Sebenarnya Terjadi Di Penamat? (SPOILER)

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 9, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga, Spoiler
0 0
0
My Hero Academia: Apa Sebenarnya Terjadi Di Penamat? (SPOILER)
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas 10 tahun bersiri dalam majalah Weekly Shonen Jump, My Hero Academia oleh Horikoshi Kohei kini telah berakhir secara rasmi. Penuh dengan tema inspirasi, adegan menyayat hati, drama kemanusiaan dan pertarungan epik — My Hero Academia dengan cepat menjadi salah satu siri manga paling digemari di seluruh dunia dan saya yakin ramai peminat ingin tahu apa yang terjadi di penamat siri dan bagaimana watak kegemaran mereka mengakhiri perjalanan sebagai Hero.

The series finale is HERE! This is the tale of how they became great heroes!

Read My Hero Academia, Ch. 430 in Shonen Jump for free! https://t.co/0ywpipTyl1 pic.twitter.com/14SzzrsL4H

— Shonen Jump (@shonenjump) August 4, 2024

My Hero Academia ditamatkan secara rasmi dalam bab 430, dan bagi mereka yang sudah membaca epilog tetapi masih tidak faham apa yang berlaku, berikut adalah penjelasan ringkas daripada saya.

AMARAN! SPOILER UNTUK MY HERO ACADEMIA BAB 430!!

Kredit: Shueisha

Dalam bab terakhir, naratif serta-merta melompat lapan tahun ke masa depan. Melalui buku notanya, protagonis Midoriya Izuku atau lebih dikenali sebagai Deku, mengimbau semula zaman sekolah menengahnya. Rupanya Deku telah kehilangan semangat One For All, lantas membuatkannya tanpa Quirk sekali lagi.

Kini seorang guru di U.A., pembaca dapat melihat Izumi Kota yang lebih tua (daripada Forest Training Camp Arc) sebagai salah satu daripada pelajarnya. Bukan Kota sahaja, kita juga dapat melihat perkembangan semasa bagi beberapa watak.

Kredit: Shueisha

Eri kini di sekolah menengah; Bakugo Katsuki (Dynamight) telah menjalani terapi fizikal untuk memulihkan lengannya yang cedera; Spinner menulis buku tentang League of Villains, yang dibaca oleh En. Compress; Hatsume Mei telah memulakan sebuah agensi reka bentuk bernama Lightly Labs; Gentle dan La Brava telah berkahwin dan menubuhkan syarikat bernama GeL Inc.

Berita TV turut menunjukkan bahawa Shoji Mezo (Tentacole) menerima Imamura Peace Prize sebagai penghormatan atas usahanya dalam memerangi diskriminasi bangsa ‘heteromorph. Berita kemudian bercakap tentang Ida Tenya (Ingenium), Asui Tsuyu (Froppy), Yaoyorozu Momo (Creati) dan Uraraka Ochako (Uravity), yang kini mengadakan lawatan sekolah rendah di Jepun.

Kredit: Shueisha

Disebabkan kekurangan orang jahat, mereka bertiga telah meluaskan peranan yang dimainkan oleh para Hero, termasuk mengadakan kaunseling Quirk diterajui oleh Uravity, yang dianggap sebagai inisiatif paling penting pada zaman ini.

Togata Mirio (Lemillion) kini menduduki tempat teratas dalam Hero Billboard Chart, diikuti oleh Kamui Woods, Mt. Lady, Bakugo , Todoroki Shoto, Monoma Neito (Phantom Thief) dan Honenuki Juzo (Mudman) yang mengikuti dengan rapat di belakang.

Kredit: Shueisha

Hampir di penghujung bab, All Might tiba-tiba muncul dengan hadiah untuk Deku, dan mendedahkan data yang diperoleh daripada pertempuran antara Deku dan All For One pada lapan tahun lalu telah membuka pelbagai kemungkinan yang menarik, sama bagaimana Quirk dapat berkembang, begitu juga dengan teknologi.

All Might memberitahu Deku mahir menggunakan pelbagai Quirk sekaligus, jadi dia mahu Deku memberi mereka lebih banyak data, lalu menyerahkan beg bimbit yang sut mekanikal baharu supaya Deku dapat menyertai semula rakan-rakan sebagai hero aktif.

Kredit: Shueisha

All Might mendedahkan “rakannya di luar negara” (kemungkinan besar Melissa Shield) dan Mei berkerjasama untuk mencipta sut canggih ini, dan projek itu dibiayai oleh bekas Kelas-A, diketuai oleh Bakugo, yang mengejutkan Izuku. Sebagai kata-kata semangat, All Might memberitahu Deku bahawa pemuda itu telah memperoleh kuasa ini secara adil dan saksama; lantas membuatkan Deku terharu sambil tersenyum.

Di panel terakhir, kita dapat melihat Deku menyertai semula rakan-rakannya yang lain daripada Kelas-A, dan mengisytiharkan ini adalah kisah bagaimana mereka akan terus menghulurkan bantuan sampai bila-bila.

Kredit: Shueisha

Makat, itulah penamat My Hero Academia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: My Hero Academia
ShareTweetSend
Previous Post

Interviu Bersama Dev DreamChaser – “Sanggup Berhenti Universiti Untuk Usahakan Game!”

Next Post

Dragon Ball Umum Game MOBA Untuk PC & Mobile!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Dragon Ball Umum Game MOBA Untuk PC & Mobile!

Dragon Ball Umum Game MOBA Untuk PC & Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd