Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Musim Ke-8 Fortnite Kini Tiba!

Penambah baikan disamping skin baru

Jade Ice by Jade Ice
March 4, 2019
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Nintendo Switch, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Musim Ke-8 Fortnite Kini Tiba!
0
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Kemunculan musim ke-8 Fortnite memperkenalkan tema lanun, bersempena dengan musim bunga dan ia juga menambahkan lokasi baru di pulau untuk mode “Battle Royale”. Saksikan trailer cinematic daripada Epic Games:

Letusan gunung berapi menandakan bermulanya musim ke-8 dalam Fortnite dan kini pemain boleh menjelajah dua lokasi baru iaitu Lazy Lagoon dan Sunny Steps. Di samping itu, terdapat juga skin baru dan juga ganjaran lain. Ia juga membawa perubahan kepada mode “Save the World”.

Anda memerlukan Battle Pass musim ke-8 sekiranya ingin peluang untuk memiliki barangan ekslusif musim ke-8. Apabila pemain menamatkan challenges untuk musim ini, Battle Pass ini akan dinaik tahap dimana ia akan menawarkan ganjaran tambahan seperti skins. Kepada yang memiliki Battle Pass musim ke-7; anda akan memulakan musim ke-8 dengan XP boost 30%. Battle Pass musim ke-8 ini boleh dibeli dengan 950 vbucks, manakala battle bundle pula dengan 2,800 vbucks. Pembelian dengan wang sebenar pula akan dikenakan caj USD$10 dan USD$40 untuk battle bundle.

Dengan mendapatkan Battle Pass musim ke-8, pemain juga akan diberikan 2 pet baru iaitu Woodsy dan Dodger, payung terjun octopus dan juga emote conga-dance.

7 skin baru diperkenalkan dalam musim ini. Peely, Sidewinder, Ember (Epic), Blackheart, Hybrid, Luxe (Legendary) dan Master Key. Skin legendary boleh di naik taraf; contohnya Blackheart boleh bertukar menjadi bearded ghost pirate manakala Hybrid boleh menjadi seekor naga.

Sebuah kapal lanun yang besar telah berlabuh di Lazy Lagoon, dan ini menjadikannya salah satu daripada cabaran dalam musim ini. Antara cabarannya adalah mencari peti simpanan lanun dan mencari kem-kem lanun sekitar pulau.

Sunny Steps pula kelihatan seperti perkampungan puak Mayan. Mungkin ini adalah tempat tinggal pahlawan-pahlawan Ashen yang boleh dilihat dalam trailer musim ke-8. Skin Ember, adalah berasal daripada set pahlawan Ashen.

Pemain juga akan berjumpa dengan meriam-meriam lanun yang bertaburan sekitar map sepanjang musim ini. Ianya boleh digunakan untuk melancarkan diri sendiri ke bahagian map yang lain dan juga, menembak canonball untuk menyebabkan splash damage dari jarak jauh.

Pada mode offline “Save the World” pula membawakan sistem hero-loadout yang baru dimana ia akan membolehkan pemain untuk mengumpulkan atau “stack” kebolehan berbagai hero, dan ini akan menjadikan hero baru lebih mengujakan. 8 hero baru juga telah ditambahkan dalam mode ini. Mereka adalah Archetype Havoc (soldier), Liteshow Spitfire (soldier), Dark Vanguard Airheart (constructor), Conqueror Magnus (constructor), Forged Fate (ninja), Overtaker Hiro (ninja), Valkyrie Rio (outlander), Ventura Ramirez (outlander).

Public voice-chat juga ditambahkan dalam Creative mode. Ini membolehkan pemain daripada lain-lain pasukan untuk menggunakan voice chat.

Musim ke-8 Fortnite ini akan berakhir pada 9 Mei, jadi anda perlu pastikan anda telah mendapatkan semua ganjaran musim terkini sebelum tarikh ini. Cabaran minggu pertama merangkumi jelajah kem lanun di pulau, terbang ke udara dengan volcanic vent dan pencarian harta karun di Retail Row dan Junk Junction.

https://youtu.be/3aMtD0Klp2I

Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan Battle Pass musim ke-8 anda sekarang dan mula mengumpul ganjaran musim ini!

Sumber: Bussiness Insider.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: battle royaleFortnitemusim ke-8season 8
ShareTweetSend
Previous Post

Game versi mobile Apex Legends, hanyalah FAKE semata-mata!

Next Post

Harry Potter: Wizards Unite Bakal Muncul Musim Panas Ini!

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Next Post
Harry Potter: Wizards Unite Bakal Muncul Musim Panas Ini!

Harry Potter: Wizards Unite Bakal Muncul Musim Panas Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd