MUSE Malaysia mengumumkan pada hari Selasa bahawa perkhidmatan streaming iQIYI akan menayangkan siaran anime Attack on Titan The Final Season ketika ia mula ditayangkan pada 11 pagi, 7 Disember. Bagi mereka yang tidak tahu, MUSE Malaysia ialah syarikat penyiar anime rasmi di mana peminat boleh menonton anime terkini dengan penambahan sari kata melayu dan merupakan salah satu cara untuk menonton anime secara percuma.
👉Follow Muse Malaysia Facebook Now!!!👈
OMG😱 【🔥Berita Terkini🔥】
Lagi 5 Hari #Berkongsi Sekarang!!!
《Attack on…Posted by Muse Malaysia on Tuesday, December 1, 2020
Yuichiro Hayashi (Dorohedoro, Kakegurui kedua musim) akan mengarahkan anime di MAPPA dan Hiroshi Seko (Vinland Saga, Mob Psycho 100) telah kembali untuk mengawasi skrip siri. Tomohiro Kishi (Dorohedoro) sedang mereka watak manakala Hiroyuki Sawano kembali untuk menyusun muzik, bersama Kohta Yamamoto (The Seven Deadly Sins: Revival of The Commandments). Pada masa yang sama, pencipta siri Hajime Isayama telah menyatakan hasratnya untuk menamatkan manga Attack on Titan pada tahun ini.
連載完了‼︎#進撃の巨人 #諫山創 #2020年の抱負#マガジン年末交流会2019 pic.twitter.com/suKnfDo3os
— 別冊少年マガジン【公式】 (@BETSUMAGAnews) December 26, 2019
Untuk menonton, pergi ke halaman web rasi iQIYI atau muat turun aplikasi yang kini tersedia di iOS dan Android. Selain Attack on Titan, anda juga boleh menonton drama Korea, China, Jepun, dan anime lain seperti One Piece, Haikyu!!, JUJUTSU KAISEN, dan lain-lain! Memang banyak pilihan supaya anda tidak bosan, dan kebanyakkan anime atau drama pun menyiarkan episod terkini. Memang banyak pilihan untuk peminat anime di Malaysia!
Kalau ingin menonton anime di platform lain, anda juga boleh pergi ke halaman YouTube MUSE Malaysia untuk lihat anime berkualiti dalam resolusi 720p. Jangan lupa subscribe ya untuk tunjuk sokongan anda!
https://www.youtube.com/watch?v=TvZP9GG2aaY
@gamersantaimy
Discussion about this post