Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 7, 2025
in Action, Artikel, Berita, Konsol, PC, RPG, Steam
0 0
0
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Share on FacebookShare on Twitter

Mundfish secara rasmi telah mengumumkan Atomic Heart II, sekuel kepada game aksi RPG berkonsep retrofuturistik mereka. Game ini akan dilancarkan pada tahun 2026 untuk PC melalui Steam dan konsol, walaupun jenis konsol yang terlibat masih belum didedahkan.

Atomic Heart II membawa pemain kembali ke dunia distopia yang penuh dengan watak baharu, pengembaraan berbahaya, dan persekitaran gameplay yang mengasyikkan.

Meneruskan asas yang dibina oleh game pertamanya, sekuel ini memperluaskan skop cerita ke peringkat global, dengan naratif yang lebih mendalam, penuh misteri dan pertaruhan yang tinggi. Beberapa watak ikonik akan kembali bersama watak baharu yang bakal memperkenalkan sisi-sisi baharu dalam dunia Atomic Heart.

Sistem combat dalam game juga dipertingkatkan, membolehkan pemain menggunakan kuasa sarung tangan secara serentak dengan pelbagai senjata jarak dekat dan jauh, mewujudkan dual-handed gameplay yang dinamik.

Sistem RPG yang lebih luas turut diperkenalkan, memberikan lebih banyak kebebasan kepada pemain untuk berinteraksi dalam dunia yang dipenuhi pelbagai aktiviti dan elemen interaktif.

Peminat boleh menjangkakan sambungan kepada kisah penuh sains dan teknologi ini apabila sekuel tersebut dilancarkan pada tahun 2026. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Atomic Heart II
ShareTweetSend
Previous Post

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

Next Post

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Next Post
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd