Selepas berminggu-minggu khabar angin dan spekulasi, akhirnya Warner Bros. Games secara rasmi mengumumkan “MultiVersus“, sebuah permainan platform fighter yang dibintangi dengan pelbagai watak yang dikenali ramai.
Trailer pendedahan itu telah dihoskan oleh pengasas bersama dan pengarah permainan Player First Games, Tony Huynh, memperincikan tumpuan pada permainan kompetitif berasaskan pasukan dalam talian, dengan format 2v2. Akan ada mod lain seperti 1v1 atau empat orang pemain ditawarkan secara percuma untuk mereka yang lebih sukakan perlawanan solo.
Senarai itu termasuk banyak watak ikonik dari seluruh portfolio Warner Bros, termasuk Batman dan Superman dari DC Comics, Arya Stark dari Game thrones, Finn dan Jake dari Adventure Time dan Shaggy dari Scooby-Doo. Shaggy juga dilengkapi sepenuhnya dengan kuasa Ultra Instinct dan serangan projectile di mana dia membaling sandwic.

MultiVersus juga akan menampilkan lakonan suara penuh dengan ramai pelakon asal watak, termasuk Matthew Lillard sebagai Shaggy, Maisie Williams sebagai Arya Stark, Kevin Conroy sebagai Batman dan John Dimaggio sebagai Jake the Dog. Roster yang ditunjukkan masih belum lengkap dan Huynh mengesahkan bahawa akan lebih banyak watak akan ditambah sebelum pelancaran permainan. Sebagai contoh. kebocoran baru-baru ini menunjukkan Rick Sanchez dari Rick and Morty, tetapi dia tidak ada dalam trailer awal.

“MultiVersus ialah projek impian untuk pasukan kami di Player First Games dan kami teruja untuk mendedahkan secara rasmi permainan itu,” kata Huynh dalam kenyataan akhbar rasmi. “Kami telah membina MultiVersus dari bawah untuk menjadi permainan sosial kooperatif yang merangkumi kerja berpasukan dan strategi. Kami juga menumpukan pada menyediakan permainan dalam talian kelas pertama melalui server berasaskan rollback netcode supaya rakan dan pesaing dapat menikmati permainan yang lancar ketika mereka berlawan dengan senarai watak yang pelbagai.”

MultiVersus dijadualkan untuk dikeluarkan pada tahun 2022 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC dengan “sokongan cross-play penuh, server berasaskan rollback netcode khas dan kandungan bermusim” dijanjikan. Setiap watak yang didedahkan setakat ini ialah seperti berikut:
- Batman (DC Comics)
- Superman (DC Comics)
- Wonder Woman (DC Comics)
- Harley Quinn (DC Comics)
- Shaggy (Scooby-Doo)
- Bugs Bunny (Looney Tunes)
- Tom and Jerry (Tom and Jerry)
- Arya Stark (Game of Thrones)
- Jake the Dog (Adventure Time)
- Finn the Human (Adventure Time)
- Steven Universe (Steven Universe)
- Garnet (Steven Universe)
- Reindog (Karakter original)
Jadi geng, korang excited tak nak cuba permainan baru ini? Bolehlah tengok Shaggy lawan Superman lepas ini. Untuk liputan lain mengenai permainan, sila klik pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post