Sempena pelancaran set MtG akan datang Commander Classics: Battle For Baldur’s Gate, Wizards of the Coast telah memberi kami peluang untuk preview satu kad serba baharu: Modify Memory!

Buat sesiapa yang terbiasa dengan kempen Forgotten Realms di Dungeon and Dragons, korang mungkin kenal kemampuan kad Modify Memory yang sebenarnya adalah berdasarkan sebuah sihir daripada D&D dan merupakan sihir yang bagus untuk keluar daripada situasi bahaya. Bagaimana kita boleh melarikan diri? Secara ringkasnya, kad Modify Memory ini membuatkan sasaran melupakan peristiwa penting.
Walau bagaimanapun, kemahiran kad ini amat berbeza anda pasti tertarik untuk membawa Modify Memory dalam perlawanan “Commander” (perlawanan multiplayer antara pemain-pemain) di MtG. Dengan kos 5 mana (yang ditukar) dan hanya memerlukan 1x blue mana, ia bagus untuk apa-apa jenis dek, sama ada mono-blue atau mana-mana campuran lain. Walaupun anda tidak boleh mengubah memori rakan-rakan, kesannya adalah seperti berikut:
Tukar kawalan ke atas dua “creature” sasaran yang dikawal oleh pemain berbeza. Jika anda tidak mengawal mana-mana creature, ambil 3 kad daripada dek. Ini adalah cara yang baik untuk mencuri salah satu kad paling kuat dari pihak lawan dan kemudian menambah kepada pasukan kita sendiri.
Andai kata tidak dapat mengawal kad musuh pun, pampasan yang kita dapat masih sangat bagus. Tak perlu lah kita bersusah payah kawal kad musuh yang lemah-lemah sedangkan kita boleh mendapatkan 3 lagi kad sendiri yang lagi kuat? Secara teknikal, kita boleh mendapat 3 kad dengan hanya satu pergerakan, serta merosakkan sinergi antara kad pihak lawan.
Itu sahaja untuk preview kali ini – kad Modify Memory akan tersedia dalam MtG Commander Classics: Battle for Baldur’s Gate apabila set itu dilancarkan secara rasmi pada 10 Jun.
Untuk segala liputan kami tentang MtG termasuk kad baru, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post