Kami kembali dengan satu lagi preview untuk kad terbaharu MtG: March of the Machine, di mana kali ini kita melihat Skyclave Aerialist! Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan kami di Wizards of the Coast kerana beri peluang ini, dan tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah isinya:
Pertama sekali, MtG: March of The Machine akan menampilkan kad yang kini boleh mengubah pertengah pertempuran – dengan mengubah pahlawan heroik kepada makhluk ngeri Phyrexian. Contoh terbesar adalah Skyclave Aerialist.

Kad ini bermula sebagai pengisi dek yang cukup bagus, dengan statline 2/1 dan efek ‘flying, semuanya pada kos 2 mana (1 colorless, 1 blue). Secara umum, kad ini amat solid jika anda mempunyai peneman yang betul seperti Sol Ring dan seumpamanya supaya dapat menyerunya dengan cepat.
Tetapi apa yang membuatkannya benar-benar unik ialah mekanik transformasi; menambahkan lagi 4 mana dan satu Phyrexian Green (dibayar dengan nyawa), anda boleh mengubahnya kepada Skyclave Invader.

Skyclave Invader memakan 6 kos (dan 2 nyawa ) untuk bawa keluar dengan melihat kad teratas di dek anda. Anda juga boleh bermain kad ini terus jika kad itu adalah jenis ‘land’. Selain itu, mekanik ‘transformasi’ akan menukarnya menjadi makhluk 2/4 dengan ciri ‘flying’, lantas menjadikannya alat yang bagus untuk mempertahankan diri daripada kad terbang lain.
Efek:
Apabila makhluk ini berubah menjadi Skyclave Invader, lihat pada kad teratas dalam dek. Jika ia adalah kad ‘land;, anda boleh meletakkannya di medan perang. Jika anda tidak meletakkannya di medan perang, letakkan di tangan anda.
Walaupun begitu, Skyclave Invader dan Skyclave Aerialist bukanlah jenis kad yang amat-amat OP. Kos Invader sudah cukup mahal dan bukannya kad terjamin yang kita boleh pakai. Sebaliknya, ia hanya akan muncul selepas kita mendapat kad tertentu.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh mendapatkan Skyclave Aerialist/Invader dalam pek March of the Machine apabila ia dilancarkan pada 21 April. Sekali lagi saya ingin ucapkan terima kasih kami kepada Wizards of the Coast kerana beri kami peluang untuk melihat kad baharu ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post