Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MTG Innistrad: Crimson Vow – Preview kad Diver Skaab!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 1, 2021
in Artikel, Berita, Kad Strategi, Pandangan Pertama, Review
0 0
0
MTG Innistrad: Crimson Vow – Preview kad Diver Skaab!
Share on FacebookShare on Twitter

Innistrad: Crimson Vow akan dikeluarkan pada 19 November, dan sempena itu, rakan-rakan kesayangan kami dari Wizards telah memberikan satu lagi kad untuk preview, kali ini penuh dengan daya tarikan “seram.” Jika anda seorang peminat MTG, saya memperkenalkan kad Diver Skaab.

Diver Skaab ialah kad Blue Zombie, yang pasti memberi cabaran sukar kepada pihak lawan sambil menyenangkan kerja kita (gelak jahat). Dengan memakan kos “2 Blue 3 Colorless”, ia menawarkan statistik yang agak tinggi – dengan jumlah sebanyak 3/5 yang besar. Ini membolehkan kita untuk halang kebanyakan serangan daripada pihak lawan melainkan jika mereka benar-benar menggunakan serangan kuat, sambil menghapuskan mana-mana kad lemah yang berani berhadapan dengan Diver Skaab.

Bukan setakat itu saja, Diver Skaab membawa abiliti keyword Exploit kepada Crimson Vow, yang membolehkan kita mengorbankan kad untuk mengaktifkan abiliti istimewanya:

“When Diver Skaab exploits a creature, target creature’s owner puts it on the top or bottom of their library”

Sudah tentu, ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi apabila kita mengorbankan kad berunsur makhluk. Selagi makhluk itu berada di bawah kawalan anda apabila dikorbankan, ia boleh digunakan untuk “Exploit”. Dengan menggabungkan dengan kad tersebut dalam dek, ia menjadi cara yang baik untuk mengganggu pihak lawak semasa merebut kawalan makhluk – kerana abiliti Diver akan menghantar kad tersebut sama ada ke bahagian paling atas dalam dek (memastikan mereka tidak mendapat kad baharu pada giliran seterusnya ) atau ke bahagian paling bawah (memang tidak ada peluang untuk jumpa kad itu lagi).

Anda boleh mendapatkan kad Diver Skaab dalam pek biasa untuk Innistrad: Crimson Vow, jadi pastikan anda menambahkan kad ini ke dalam koleksi jika menikmati genre zombie atau menikmati seni lukisan oleh Dave Kendall.

Jangan lupa juga untuk melihat preview kami bagi Midnight Hunt di sini. Untuk segala liputan kami tentang MTG, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Diver SkaabInnistrad: Crimson VowMTG
Previous Post

Aksi hebat seorang abang yang meniru aksi serangan watak Genshin Impact!

Next Post

Honor of Kings: World, Game RPG Terbaru dari Tencent

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Honor of Kings: World, Game RPG Terbaru dari Tencent

Honor of Kings: World, Game RPG Terbaru dari Tencent

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd