Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MTG: Dominaria United Akan Hadir 9 September Ini! Nasib Multiverse Kini Di Tangan Anda!

Maira by Maira
September 2, 2022
in Artikel, Berita, Game, Kad Strategi
0 0
0
MTG: Dominaria United Akan Hadir 9 September Ini! Nasib Multiverse Kini Di Tangan Anda!
Share on FacebookShare on Twitter

Wizards of the Coast bakal melancarkan Dominaria United, set terbaharu dalam permainan ‘trading card’ terbaik dunia, Magic: The Gathering (MTG), untuk versti ‘tabletop’ pada 9 September ini. Dengan jalan cerita multiset pertama dalam satah asal Magic, Dominaria, set baharu ini menggambarkan pertarungan kemuncak antara wira dan penjahat dalam dunia di ambang pencerobohan. Dilancarkan serentak dengan pelancaran sambutan Ulang Tahun ke-30 MTG, set ini mengandungi 281 kad.

Eksklusif hanya di Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina, pemain yang membuat pra-tempahan produk-produk Dominaria United dengan nilai sekurang-kurangnya RM450, boleh menerima Token edisi terhad. Token ini merupakan antara satu daripada set tiga siri, dengan pelbagai kadar telus. Siri penuh akan membentuk mural medan perang. Setiap pelanggan berhak menerima satu token sahaja. Maklumat lanjut boleh didapati di Magic: The Gathering’s Facebook page.

Ancaman apokaliptik menjelma di Dominaria dan musuh purba namun dikenali akhirnya memunculkan diri. Diketuai oleh Praetor Sheoldred, tentera Phyrexian bertekad menceroboh selepas bertahun-tahun terlindung dalam bayangan. Dengan kembalinya Planeswalkers kegemaran ramai iaitu Karn, Ajani Goldmane, Liliana Vess dan Jaya Ballard, Dominia United menyaksikan permulaan pencerobohan yang mengancam bukan sahaja kemusnahan Dominaria, namun keseluruhan multiverse.

Bukan sahaja penceritaan yang bersifat ‘world-defining’, Dominaria United juga membuka tirai sambutan ulang tahun ke-30 MTG. Bermula daripada Dominaria United sehingga lapan set seterusnya, stor-stor Wizards Play Network (WPN) akan menerima bingkai ‘retro’ promosi dengan 3-4 foil yang memaparkan kad-kad klasik dalam sejarah MTG. Ia hanya boleh didapati oleh pemain yang hadir ke acara pra-pelancaran.

Dominaria United juga akan meneruskan keterujaan untuk merasai pengalaman Magic dengan membawa semula pek booster Jumpstart yang diintegrasi bersama set ini. Sama ada pemain baharu atau veteran yang ingin bermain perlawanan di mana sahaja, Jumpstart ialah kaedah yang menarik untuk membina dek pantas yang direka bagi membolehkan pemain membuat mantra sejurus membuka booster mereka. Setiap pek mempunyai 10 tema unik dari dunia Dominaria, dan ia terdiri daripada 20 kad yang boleh digabungkan dengan booster Jumpstart kedua untuk permainan format ‘limited-lite’ yang laju.

Keterujaan tidak hanya tamat dengan itu. Satu ganjaran menanti pemain yang mendapatkan booster pengumpul dengan Lost Legends: Kembali kepada Magic asal, yang mana pemain boleh membuka kad dari set ‘Legend’ 1994. Lebih 240 kad yang mempunyai ‘rarity’ berbeza boleh direbut dalam Legends, dari Elder Dragon Nicol Bolas hingga Moat yang klasik.

Tetapan fantasi asal Magic juga akan dipamerkan dengan Stained Glass Full Art Lands, makhluk Legendary, Planeswalkers, dan kad-kad Phyrexian yang menakutkan. Setiap satunya akan tersedia dalam kad foil dan non-foil dalam pek Set, Draft dan Collector Booster.

Dominaria United akan tersedia sebagai Draft Booster, Set Booster, Collector Booster, Jumpstart Booster, Commander deck dan Bundle. Untuk maklumat lanjut deck ini, boleh lawati laman web rasmi. Kalau anda ingin mendapatkan liputan lain mengenai MTG daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dominaria UnitedMagic: The Gathering (MTG)MTG
Previous Post

Shadow of the Tomb Raider kini PERCUMA di Epic Games Store — Claim sekarang!

Next Post

Mount & Blade II: Bannerlord bakal tiba pada 25 Oktober di PC & konsol

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Next Post
Mount & Blade II: Bannerlord bakal tiba pada 25 Oktober di PC & konsol

Mount & Blade II: Bannerlord bakal tiba pada 25 Oktober di PC & konsol

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd