Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MSI Vector GP68HX 12VH – Terlampau pantas untuk gaming, kini harga promosi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 20, 2023
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
MSI Vector GP68HX 12VH – Terlampau pantas untuk gaming, kini harga promosi!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam dunia teknologi gaming, MSI merupakan antara nama paling besar dalam industri dan perlu diakui bahawa produk mereka memang antara yang terbaik di pasaran. Jadi saya agak teruja selepas mendapat peluang untuk mencuba MSI Vector GP68HX 12VH. Pertama sekali saya lihat, laptop 16-inci ini mempunyai spesifikasi yang hebat kerana termasuk pemproses Intel Core i9-12900HX, kad grafik Nvidia RTX 4080, 16GB RAM dan storan SSD sebesar 1TB. Dari segi spesifikasi, memang terlebih cukup untuk bermain apa-apa game.

Selepas mencuba produk selama seminggu lebih, saya boleh katakan prestasinya memang tidak menghampakan. Ternyata laptop ini memiliki prestasi yang sangat solid dan mampu menjalankan semua game tanpa masalah walaupun pada setting yang tinggi. Namun, saya tetap jumpa beberapa masalah. Adakah ia benar-benar bagus seperti yang disangkakan?

Untuk tahu lebih lanjut, sila baca ulasan lengkap saya tentang MSI Vector GP68HX 12VH di bawah.

Spesifikasi untuk review unit kami:

  • Intel Core i9-12900HX
  • NVIDIA GeForce RTX 4080 Laptop GPU 12GB GDDR6
  • Storage 1TB
  • RAM 16GB
  • 16″ 16:10 QHD+(2560 x 1600), 240Hz

Reka bentuk minimalis

Dalam pasaran moden, majoriti laptop mempunyai reka bentuk yang mencolok mata tetapi MSI Vector GP68HX bukanlah antaranya. Pertama sekali, ia tidak mempunyai pencahayaan RGB pada bahagian luar dan bentuknya agak “simple”. Walaupun begitu, ia masih mengekalkan beberapa ciri ikonik yang membentuk sebuah laptop gaming, cuma MSI berusaha untuk mengurangkan elemen “menjolok mata” ini.

Perubahan paling ketara sekali adalah pada reka bentuk serba hitam dengan bentuk tajam di bahagian atas dan belakang dengan sistem pengudaraan bergaya. Memang minimalis sekali di mana warna hitam/kelabu melengkapkan reka bentuk tersebut untuk memberikan laptop ini penampilan yang kemas.

Berbeza sedikit daripada majoriti laptop, bahagian bawah Vector GP68HX dilitupi ruang pengudaraan, yang membolehkan anda melihat kipas dan paip haba yang bekerja keras untuk menghalang kuasa dalaman daripada menjadi terlalu panas.

Secara keseluruhan, MSI Vector GP68HX memiliki reka bentuk yang simple tetapi masih agresif. Logo naga MSI yang berwarna hitam turut menarik perhatian kerana kemasannya yang berkilat. Ini ialah laptop gaming yang boleh digunakan di mana-mana kedai makan/kafe atau semasa bekerja tanpa menarik perhatian orang ramai.

Cuma, saya tertanya jika ada yang sudi untuk membawanya ke mana sahaja. Jangan anggap laptop ini sebagai peranti yang nipis dan ringan kerana ia mempunyai komponen canggih berkelas desktop di dalam; berat produk adalah kira-kira 2.67 kg dan mempunyai dimensi: 357 x 284.05 x 22.20 x 28.55 mm. Nama sahaja laptop, tapi ia kurang sesuai untuk dibawa ke mana sahaja dengan kerap.

Pada masa yang sama, saiznya yang besar juga bermakna ada ruang yang banyak untuk port I/O. Bagi saya, Vector GP68HX mempunyai jumlah port I/O yang luas untuk menampung apa-apa jenis perisian, aksesori atau output paparan, lantas memberikan fleksibiliti untuk menyambungnya pada peranti lain. Aama seperti kebanyakan laptop gaming lain, terdapat pelbagai port di bahagian kiri dan kanan, serta bahagian belakang.

Berikut adalah senarai:

  • 1x Type-C (USB3.2 Gen2 / DisplayPort)
  • 1x Type-C (USB / DisplayPort / Thunderbolt™ 4)
  • 1x Type-C (USB3.2 Gen2 / DisplayPort) with PD charging
  • 1x Type-A USB3.2 Gen1
  • 1x Type-A USB3.2 Gen2
  • 1x SD Express Card Reader
  • 1x HDMI™ 2.1 (8K @ 60Hz / 4K @ 120Hz)
  • 1x RJ45

Beberapa ciri lain termasuk Gb LAN sehingga 2.5G, 802.11 ax Wi-Fi 6E dan Bluetooth v5.3

Cuma saya ingin pesan supaya berhati-hati semasa memegang penutup kerana ia mudah meninggalkan cap jari. Saya juga dapat tahu bahawa laptop ini bukan aluminium sepenuhnya, bahagian bawah Vector GP86HX diperbuat daripada plastik. Saya menjangkakan semua aluminium, tetapi memandangkan banyak lubang pengudaraan di bahagian bawah, saya memahami bagaimana bahan plastik ini dapat membantu dalam penyejukan.

Keyboard padu, trackpad besar

Mana-mana laptop gaming tidak akan lengkap tanpa keyboard RGB dan Vector GP86HX turut ada ciri ini untuk melengkapkan reka bentuk minimalis di bahagian luar. Merupakan keyboard PerKey RGB yang dibuat oleh SteelSeries, segala butang kuasa dan kekunci WASD mempunyai keycap lut sinar, lantas memberikan rupa yang futuristik serta membolehkan pengguna melihat butang walaupun bermain dalam keadaan cahaya malap.

Ternyata, susus atur keyboard ini dibuat khas untuk para “gamer” di mana kekunci anak panah dan kekunci Ctrl juga diperbesarkan, supaya pemain dapat menekan butang dengan selesa semasa bermain atau bekerja.

Menggunakan perisian SteelSeries GG, kita dapat customize warna keyboard kepada apa-apa warna dan jenis pencahayaan – sesuai untuk gamer yang gemarkan RGB. Aplikasi ini turut menyediakan Macro Key yang boleh diubah suai sepenuhnya untuk melancarkan fungsi/aplikasi tertentu, dan pelbagai shortcut dalam game, yang menjimatkan banyak masa daripada menekan butang dua atau tiga kali butang serentak.

Selain itu, perisian Game Sense dalam SteelSeries GG akan menunjukkan status masa nyata pada keyboard seperti baki nyawa dan peluru dalam game terpilih. Jika HP anda rendah, maka keyboard juga akan bertukar kepada merah untuk menunjukkan bahaya. Ini satu bonus jika anda ingin rasa elemen imersif di dalam game.

Bagaimana pula dengan trackpad? Pertama sekali pandang, saya mendapati di trackpad-nya terlalu besar. Jika anda jenis yang suka swipe panjang, anda pasti akan suka. Saya tidak pernah kehabisan ruang apabila menatal melalui internet, malah siap boleh menggunakan secara kombo dalam game jika bermain tanpa mouse atau controller.

Walau bagaimanapun, kerana ia terlalu besar, ini menjadi masalah bagi gamer yang mempunyai tangan kecil kerana anda secara tidak sengaja akan menyentuhnya semasa melakukan kerja atau gaming. Saya tidak pernah menghadapi masalah ini kerana mempunyai tangan besar tetapi saya membayangkan ia akan menjadi isu untuk orang lain.

Paparan yang fokus pada kelajuan

MSI Vector GP86HX bukan laptop yang tertumpu pada visual HD. Sebagai alternatif, ia menumpukan sepenuh fokus pada kelajuan berbanding segala-galanya dengan paparan 16″ QHD+ (2560 x 1600), 240Hz, kaca IPS, 100% DCI-P3 dan nisbah aspek 16:10.

Dengan refresh rate setinggi 240Hz, ini menjadikan paparannya sangat cemerlang dalam game FPS, di mana saya mengalami masa tindak balas yang pantas dan tepat semasa bermain. Apabila bermain game jenis open-world, semua aksi yang dipaparkan kelihatan lebih “hidup” pada skrin, tanpa sebarang input lag.

Walaupun bukan 4K, tetapi resolusi pun tidak kurang hebatnya dengan QHD+ (2560 x 1600), jadi keupayaan multimedia pun amat berpuas hati. Saya menonton video YouTube sebagai contoh, dan visualnya menampilkan banyak butiran dan warna dengan jelas. Jika ingin bantu dalam urusan produktiviti seperti grafik dan multimedia, penyuntingan video dan sebagainya pun tiada masalah dengan penarafan 100% DCI-P3 yang memastikan warna yang dipilih tepat dengan apa yang dipaparkan.

Namun, saya anggap unit ini lebih sesuai untuk gamer yang inginkan 100% prestasi. Dalam game berbentuk kompetitif, kelajuan adalah nombor 1 dan itu yang dititik beratkan dalam laptop ini. Malah, visual QHD+ masih nampak cantik kerana semuanya dipadatkan daripada 4K ke bawah – jadi anda tidak akan rugi apa-apa.

Beralih ke audio, laptop ini mempunyai pembesar suara stereo 2x 2W. Pembesar suara cukup jelas dan kuat untuk kebanyakan situasi berkat bantuan Nahimic Audio dan Hi-Res Audio, tetapi tidak memiliki banyak bass untuk menjadikan pengalaman lebih mengasyikkan (ini bukan salah pembesar suara). Diiringi oleh bunyi kipas yang sangat kuat (saya akan terangkan di bawah), ia tidak memberi pengalaman yang selesa.

Jadi sebagai gamer, lebih baik korang dapatkan headset gaming yang bagus untuk memperoleh audio terbaik mungkin.

Prestasi gaming, bateri & soal kepanasan

Ciri yang paling menonjol sekali tentang MSI Vector GP86HX ialah prestasi. Ia menawarkan spesifikasi CPU dan GPU gila termasuk pemproses Alder Lake i9-12900HX, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4080 12GB GDDR6, 2x RAM 8GB (4800MHz) dan storan 1TB NVMe PCIe Gen4x4 SSD. Ini merupakan antara spesifikasi yang paling handal di pasaran, dan nampak agak “overkill”. Tetapi itulah yang kita mahu – prestasi maksimum!

Memang laptop ini dapat memberikan pengalaman yang padu dan berfungsi dengan baik untuk mereka yang mahukan frame rate tertinggi semasa bermain game. Bukan itu sahaja, ia juga memberikan peningkatan ketara dalam kerja multitasking kita.

MSI Vector GP68HX termasuk bateri 4-Sel, 90 Whr dan adapter 330W. Bagi saya, isu bateri akan sentiasa masalah yang berterusan di mana-mana gaming laptop. Untuk menampung spec-nya yang tinggi, sudah pasti ia akan memakan banyak kuasa. Jadi daripada menggunakan secara mudah alih, kebanyakan masa kita perlu mencucuk plag kuasa.

Bagaimana dengan soal kepanasan? Saya melakukan penyelidikan dan rupanya MSI telah menambah solusi penyejukan khusus untuk kedua-dua CPU dan GPU, dengan dua kipas dan enam paip haba. Paip haba yang dipasang pada kedua-dua CPU dan GPU secara keseluruhan boleh meningkatkan keupayaan penyejukan, terutamanya untuk memaksimumkan prestasi gaming kami. Bersama gandingan MSI Cooler Boost 5, ia memastikan kami boleh bermain lebih lama pada prestasi tertinggi.

Ciri gaming tambahan

Kredit: MSI

Untuk memudahkan penjagaan laptop, aplikasi eksklusif MSI Center membantu kita mengawal dan customize peranti seperti yang anda mahukan. Dalam “Performance Analysis”, anda dapat melihat kadar penggunaan CPU, GPU Diskret, RAM dan Disk, dan menganalisis status prestasi manakala dalam “Hardware Diagnosis”, anda boleh menyemak status perkakasan dan mencari masalah yang mungkin dihadapi.

Ciri “Smart Auto” pula mengesan pelbagai senario melalui pengiraan AI, dan melaraskan sistem secara automatik kepada mode berbeza, untuk menawarkan pengalaman yang sesuai. Sebagai contoh, “Smart Auto” akan secara aktif mengesan jika sebuah game dilancarkan, dan secara automatik bertukar kepada mode extreme performance, untuk meningkatkan prestasi sistem bagi pengalaman lebih baik.

Kredit: MSI

Kemudian, ada MSI App Player, sejenis emulator Android yang dibangunkan oleh MSI dan BlueStacks, yang boleh digunakan untuk memuat turun dan menjalankan aplikasi daripada Google Play Store melalui laptop.

Anda boleh bermain game Android menggunakan mouse dan keyboard dan menurut versi terkini, anda boleh bermain dengan controller melalui Console Mode. App Player turut menjadikan visual setiap game lebih tajam dengan memanfaatkan kuasa PC. Oleh itu, anda boleh bermain game seperti Genshin Impact dengan pengalaman visual lebih cantik dan jelas berbanding mobile.

Pendapat

Secara keseluruhan, MSI Vector GP68HX 12VH menawarkan banyak perkara bagus untuk gamer dari segi prestasi yang tinggi dan lancar, keyboard yang hebat, paparan 240hz yang stabil dan pantas serta solusi penyejukan yang sangat cekap. Tetapi sudah tentu ia tidak sempurna; jangka hayat bateri terlalu pendek, dan bunyi kipas yang amat kuat boleh menjadi masalah jika anda ingin utamakan produktiviti. Cuma ini adalah masalah lazim untuk mana-mana gaming laptop, jadi anda perlu faham bahawa fokus MSI Vector GP68HX 12VH adalah untuk gaming prestasi tinggi dan kompetitif.

Jika anda tidak kisah tentang kelemahannya, saya boleh mengesyorkan bahawa pakej yang ditawarkan oleh produk ini amat solid dan memberikan pengalaman yang sangat baik.

Satu lagi hal yang menarik adalah Vector GP86HX lebih murah daripada laptop gaming MSI yang lain walaupun dianggap sebagai raksasa gaming premium. Selalunya dengan spec sebegini, kebanyakan harga mencecah hampir RM20K tetapi MSI Vector GP68HX 12VH 045 kini dijual pada harga RM9,499.00. Bukan itu sahaja; sempena Merdeka Mega Sales, anda boleh menerima 1x MSI Gaming Backpack dan 1x MSI Gaming Mouse dengan setiap pembelian!

Harganya sangat sepadan dengan spesifikasi jika anda mahukan laptop yang mampu uruskan selera gaming tinggi. Dengan spesifikasi seperti ini, korang pun tidak perlu risau untuk menukar ke laptop lain nanti. Jika berminat, anda boleh melayari laman web rasmi MSI di SINI untuk maklumat lanjut!

Kredit: MSI

Baca segala liputan kami tentang produk MSI di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: LaptopMSI Vector GP68HX 13VEreview
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Doraemon: Nobita’s Sky Utopia Akan Tayang di Malaysia pada 27 Julai 2023!

Next Post

3 game Yakuza bakal meninggalkan PlayStation Plus Games Catalogue tidak lama lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
3 game Yakuza bakal meninggalkan PlayStation Plus Games Catalogue tidak lama lagi!

3 game Yakuza bakal meninggalkan PlayStation Plus Games Catalogue tidak lama lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd