Hari ini, MSI telah mengumumkan beberapa laptop bisnes & produktiviti dan gaming AI+ baharu, yang menampilkan pemproses Intel Core Ultra (Series 2) baharu dan AMD Ryzen AI 300 Series di IFA 2024.
Selain itu, mereka juga mendedahkan peranti handheld gaming Claw 8 AI+, juga dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra (Series 2); dan siri Venture yang mentakrifkan semula maksud nipis, ringan dan berkuasa.
Tanpa melengahkan masa, berikut adalah isi butiran:
Siri Prestige

Siri laptop Prestige datang dalam tiga saiz: 13, 14 dan 16 inci. Bersana Intel Core Ultra (Series 2) baharu, keseluruhan siri Prestige menampilkan badan ultra ringan, bateri besar dan jangka hayat bateri yang panjang. Contohnya, semua saiz boleh memberikan produktiviti lebih tinggi sehingga 20 jam ulangan video dan produktiviti di pejabat.
Di Malaysia, siri Prestige akan tersedia untuk beli seawal Oktober, dengan harga bermula pada RM6,xxx.
Siri Summit

Sebahagian daripada siri bisnes & produktiviti, Summit 13 AI+ Evo kini menampilkan pemproses Intel Core Ultra (Series 2), badan yang ringan, dan stylus MSI Pen 2 yang menyokong MPP 2.6, menjadikannya flip laptop 13″ serba boleh.
Summit 13 AI+ Evo boleh didapati seawal bulan November di Malaysia, dengan harga bermula pada RM7,xxx.
Stealth A16 AI+

Stealth A16 AI+ dilengkapi dengan pemproses AMD Ryzen AI 300 Series, dan menampilkan memori sehingga 32GB LPDDR5X-7500, 2 TB PCIe Gen 4.0 SSD. Dengan grafik siri NVIDIA GeForce RTX 40, ia memberikan kuasa pengkomputeran lebih hebat dalam casis aloi magnesium-aluminium yang nipis dan ringan.
Ia akan tersedia untuk beli pada bulan Oktober di Malaysia dengan harga bermula pada RM10,xxx.
Claw 8 AI+

MSI Claw telah menjadi sorotan pasaran sepanjang tahun 2024. Meneruskan kejayaannya, MSI mengumumkan Claw 8 AI+, gaming handheld Windows 11 pertama di dunia yang dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra (Series 2).
Selain kecekapan tenaga, MSI meningkatkan beberapa spesifikasi, seperti menambahkan port USB-C tambahan yang disokong Thunderbolt 4, meningkatkan rasa sentuhan butang LB/RB, meningkatkan kapasiti bateri dan menggantikan pengecas yang lebih ringan dan boleh dipasang di dinding.
Selepas keluaran rasmi, langgan percuma selama sebulan bagi Xbox Game Pass akan disediakan, membolehkan pengguna menikmati game AAA paling popular pada masa ini.
Siri Venture

MSI mengumumkan keluaran siri laptop Venture baharu, tersedia dalam saiz 14, 15.6, 16 dan 17 inci. Siri Venture akan dilengkapi dengan pemproses pemproses Intel Core Ultra (Series 2) dan menampilkan paparan OLED 16:10 dengan liputan gamut warna DCI-P3 100% untuk kecemerlangan visual sebenar.
Selain itu, bateri siri Venture yang menyokong pengecasan 100W USB-C PD, dan memiliki solusi AI eksklusif MSI untuk memenuhi sebarang situasi di dalam dan di luar kerja.
@gamersantaimy
Discussion about this post